Isnin, 28 Februari 2011

GAMBAR DATO' SITI NURHALIZA | SIMPLY BEAUTY WORKSHOP





Pada 26 Februari 2011 telah berlangsung di DE PALMA HOTEL Shah Alam Simply Beauty Workshop  anjuran Simply Siti Sdn Bhd . Kami telah menerima jemputan ke Majlis tersebut yang juga dihadiri oleh Dato' Siti Nurhaliza dan Suami beliau Datuk K. Sesi bermula dari pukul 8.30 sehingga 6.00 petang. Akitivi mengenai Solekan, Fashion dan Talk telah dijalankan sepanjang Workshop ini.




Disini kami ingin kongsikan beberapa gambar Dato' Siti Nurhaliza buat tatapan peminat beliau. Memang terserlah wajah menawan Dato' Siti dengan solekan yang amat minimal sekali. Memang sesuai dengan nama Syarikat Simply Siti, Dato' Siti memang simple. Turut sama pada Workshop kali ini adalah Nurul Shukor, Ustazah Nor Bahyah (Semanis Kurma) dan Rizman Ruzaini

Ahad, 27 Februari 2011

SITI SARAH RAISSUDIN SAH BERGELAR ISTERI KEPADA SHUIB





Akhirnya penyanyi Siti Sarah Raisuddin bergelar Isteri kepada sseorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhamad @ Shuib. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini atas pernikahan yang telah dilangsungkan kira-kira 5.45 petang Sabtu di Jeuma D'Ramo Bangsar. Mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang pihak perempuan.


Untuk jumlah wang hantaran tidak diketahui setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk merahsiakan jumlah wang tersebut. Kira-kira 200 tetamu yang terdiri dari keluarga dua belah pihank dan kenalan rapat menghadiri dan menyaksikan majlis bersejarah ini.Pasangan ini menguna khidmat HATTA DOLMAT untuk busana pernikahan. Majlis untuk Resepsi masih belum ditetapkan tarikh.

Sabtu, 26 Februari 2011

SEMINGGU YANG MALANG BAGI JUSTIN BIEBER





Kerana Rambut Justin Bierber kehilangan 80,000 Follower Twitter. Apa yang didengar setelah beliau mengumumkan didalam akaun Twitter beliau,ramai Follower beliau kurang senang dengan tindakan beliau. Sebagai tanda tidak menyokong apa yang dibuat oleh Justin Bieber mereka sepakat untuk "Unfollow" penyanyi muda ini.

GAMBAR SETELAH RAMBUT DIPOTONG

Sebelum itu Justin Bierber telah cuba memikat penyanyi RIHANNA dengan mengajak beliau pergi ke perlawanan NBA ALL-STAR. Apa yang diketahui Justin Bierber memang meminati RIHANNA dan ini bukan perkara rahsia. Namun RIHANNA pula beranggapan lain terhadap Justin Bieber dan mengganggap beliau terlalu muda.


Seminggu yang buruk untuk Justin Bieber. Ramai yang mengetahui yang Justin telah menerima satu anugerah pada NME Awards.  Namun anugerah yang beliau terima adalah anugerah ALBUM TERBURUK TAHUN INI. Adakah nasib malang akan terus menimpa Justin Bierber selepas ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.

Jumaat, 25 Februari 2011

PELAKON AINUL AISHAH TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN





Gara-gara ingin melihat lakonan beliau Pelakon Ainul Aishah telah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.Dari apa yang kami terbaca Kejadian berlaku bila kereta Honda City beliau telah terlanggar sebuah kereta BMW semasa dalam perjalanan pulang setelah beliau selesai menjalani penggambaran drama Begitukah Cinta.

KEADAAN KENDERAAN YANG REMUK

AINUL AISHAH

Inilah akibatnya bila tergesa-gesa. Nasib baik beliau tidak mengalami kecederaan teruk. Apa yang teruk adalah kereta beliau yang terpaksa dihantar ke bengkel. Buat sementara waktu beliau menggunakan kereta abang beliau. Diharap ini dijadikan pengajaran kepada beliau agar jangan mengambil sikap sambil lewa dan tidak fokus bila memandu. Nsib baik langgar kereta,kalau langgar orang? Aduhh

Khamis, 24 Februari 2011

DAPHNE IKING DAN SUAMI | SELAMAT BERBAHAGIA





Seperti yang telah dijanjikan kami disini ingin mengucapkan Tahniah kepada Daphne Iking kerana telah masuk Islam seperti yang telah diwarwarkan sebelum ini. Terima Kasih kepada JEJAI dari Teratakarmo kerana sudi berkongsi maklumat dengan kami. Untuk mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari blog beliau di SINI.

JEJAKA DIBELAKANG ADALAH SUAMI BELIAU

Semoga beliau terus mendapat hidayah dariNYA. Diharap beliau terus tabah menghadapi dugaan selepas ini. Anda ingin melihat gambar Suami Daphne? Untuk tidak mengecewakan disini kami paparkan gambar dari kejauhan untuk tatapan semua. Memang ikutkan cerita jejaka pilihan Daphne memang Smart. Diharap pasangan ini bahagia hendaknya.

SAH!! DAPHNE IKING MASUK ISLAM





Maklumat baru diterima dan telah disahkan setelah sesi Interview dilakukan kepada empunya badan. Apa yang dimaksudkan adalah mengenai Daphne Iking. Alhamdullilah beliau telah mengesahkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam seperti yang telah diwarwarkan. Gambar terkini beliau akan dipaparkan kemudian dan maklumat mengenai pengesahan ini tunggu masa untuk dikeluarkan.


Apa yang pasti beberapa blogger telah mendengar dari mulut beliau sendiri mengenai pengesahan ini. Namun penjelasan muktamad nanti tunggu greenlight dari seorang blogger yang telah sempat menemuramah beliau semalam. Satu entri mengenai perkara ini akan dibuat setelah blogger berkenan memberi kebenaran untuk publish entri. Kepada Daphne Iking semoga beliau menjadi muslimah contoh satu hari nanti...aminnn..

** Jangan ketinggalan untuk follow blog ini untuk berita terkini.

Rabu, 23 Februari 2011

PREVIEW | RATU THE MOVIE





Terima Kasih kepada pihak LineClear Production atas jemputan ke Majlis Pra-Tonton RATU THE MOVIE yang telah diadakan semalam.Majlis yang bermula dari pukul 7.30 malam berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ramai para media dan para bloggers.Turut hadir adalah para pelakon utama filem RATU THE MOVIE.


SINOPSIS FILEM RATU THE MOVIE

Filem Ratu The Movie memaparkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’. Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk keperingkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.

Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘PesonaRatu’ ke lokasi rahsia. Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil. Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki.

Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini. Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap seorang daripada mereka. Seorang demi seorang mula hilang dan mereka semakin cemas mencari jalan keluar.

Hanya yang bertahan mampu meneruskan hidup mereka di pulau itu. Seramai 10 pelakon baru (Bkay Nair, NurEina, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Shazlin, Jazzy, Tasha) diperkenalkan menerusi Ratu The Movie. Mereka ini dicungkil bakatnya menerusi ujibakat yang telah dilakukan oleh Line Clear Motion Pictures sebelum penggambaran filem ini dibuat.

Mereka diuji sama seperti mana program realiti lain mencari peserta yang benar-benar layak. Filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yasmin Hani selain penampilan khas Yusry KRU dan 2 pelakon muda yang semakin menjadi kegilaan remaja, Khairi Azlee dan Farid Wari.


KOMEN

Cerita mudah difahami dan tidak sukar untuk menjangka adengan seterusnya.Satu kelainan yang terdapat dalam filem ini adalah Flashback dari setiap Ratu.Dari segi lakonan kesemua pelakon terutama yang berlakon sebagai RATU boleh berlakon. Cuma kena tingkatkan lakonan dimasa akan datang.

KRITIKAN

Terdapat sedikit kecacatan pada beberapa bahagian @ Shoot terutama babak bila para Ratu terpaksa masuk ke hutan dengan berjalan kaki. Mula berjalan hari nampak siang,kemudian pertengahan tiba-tiba hari dah senja kemudiaan muncul balik adengan berjalan dalam siang hari. Logiknya takkanlah mereka berjalan satu hari suntuk.

Babak RATU Melissa semasa Flashback. Penggunaan ayat dari ibu beliau nampak macam ayat budak-budak. Ini kerana ayat yang digunakan oleh ibu melissa yang sepatutnya berbunyi "Pergilah" menjadi "Pergi..arrr" membuat kami tersenyum. Pada hal babak tersebut adalah babak sedih.

Namun segalanya tidak mencacatkan jalan cerita. Diharap perkara-perkara sebegini perlu diambil perhatian walaupun kecil kerana ia sedikit sebanyak akan memberi impak ketika menonton.

RATING (Skala 1 hingga 10)

6/10

Menurut Website RATU THE MOVIE filem ini menelan belanja sekitar RM2 Juta dan Filem ini Bakal berada dipawagam pada 17 Mac 2011 ini.

Selasa, 22 Februari 2011

TAHNIAH BUAT PASANGAN ZIZAN RAJA LAWAK DAN DIRA ABU ZAHAR





Tahniah kami ucapkan kepada ZIZAN RJL dan DIRA ABU ZAHAR kerana telah disahkan menjadi Pengacara Rancangan Melodi yang baru berkuatkuasa April ini. Bukan pasangan kekasih yang nak kahwin yer. TV3 telah mengesahkan pasangan ini akan mengganti FARA FAUZANA dan WAHID SENARIO untuk mengacara rancangan Melodi.



Rancangan yang mempunyai peminat yang telah bersiaran sejak dari tahun 1992 ini telah diacarakan oleh ramai pengacara yang cukup disegani seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan juga Fara dan Wahid sebagai pengacara terkini.

Disini kami ingin mengucapkan Tahniah kepada ZIZAN dan DIRA atas maklumat terbaru ini dan tahniah kepada FARA dan WAHID kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik sekali selama enam tahun bersama Melodi. Diharap Melodi terus unggul dalam kategori tersendiri dan terus bersiaran.

PENDATANG BARU PUNCA PERPISAHAN SHAHZ JAZLE DAN MARIA FARIDA?





NEELOFA MOHD NOOR pendatang baru dikatakan Punca MARIA FARIDA dan SHAHZ JASZLE berpisah. Biar betul. Semuanya gara-gara pelakon ini berlakon dengan SHAHZ JASZLE dalam filem AZURA 2011 yang telah menjalankan penggambaran di London dan Paris bulan lepas. Menurut beliau MARIA FARIDA asyik menalipon beliau untuk bertanyakan hubungan beliau dengan SHAHSZ JASZLE.


Menurut sumber yang dibaca beliau telah menjelaskan kepada MARIA FARIDA apa yang telah berlaku,namun  masih ada yang tak puas hati. Nampaknya pendatang baru ini dengan pantas telah berhadapan dengan gosip biarpun masih baru lagi sebagai Artis. Nampaknya kalau tidak ditangani dengan betul gosip ni pasti NEELOFA akan berhadapan dengan masalah.

Apa pendapat anda? Artis dengan Gosip tidak dapat dipisahkan. Adakah perkara ini benar atau tidak? Rasanya untuk menjadi artis Gosip liar biarlah dielakkan. Lakonan dan pandai jaga diri perlu diutamakan. Diharap pendatang baru ini dapat menyelesaikan masalah nbeliau dengan pelakon senior beliau ini.

JIMMY SHANLEY DAN ISTERI KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH?





Rasa-rasa ramai dah tahu gosip Pengacara trek Selebriti ini. Pergolakan Rumahtangga Pengacara JIMMY SHANLEY dan isteri beliau NURSUHAILA. Ramai yang masih ternanti-nanti apakah kesudahan perkahwinan yang tak sampai setahun usianya. Berkahwin pada 1 Oktober 2010 kini seakan-akan terputus..


Terkini JIMMY SHANLEY bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah berhubung dengan permohonan NUSYUZ yang telah beliau failkan pada awal tahun ini. Apa yang diketahui JIMMY SHANLEY akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pada 8 Mac depan. Sebutan kes pada semalam terpaksa ditunda kepada tarikh lain ekoran ketiadaan hakim.

Apa jua keputusan diharap JIMMY SHANLEY dan Pasangan beliau dapat menyelesaikannya dengan baik. Adakah hubungan pasangan ini akan berakhir? Sama-sama kita tunggu nanti keputusan yang bakal dibuat. Pesanan kami kepada JIMMY SHANLEY dan Pasangan diharap kemelut rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan keputusan diri masing-masing.

Isnin, 21 Februari 2011

26 FEBRUARI 2011 MAJLIS PERKAHWINAN SITI SARAH DAN SHUIB KUMPULAN SEPAH





,pAkhirnya segala tanda tanya bilakah akan berlangsungnya Perkahwinan Artis Siti Sarah Raisuddin dengan Shuib dari kumpulan Sepah terjawab. Pasangan ini bakal melangsungkan Majlis Perkahwinan pada 26 Februari 2011 dan Majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada jam 4 petang.


Pereka HATTA DOLMAT dan DEQ SHA telah diberi tanggungjawab untuk menatarias pasangan ini. Konsep yang diketengahkan pada Majlis Perkahwinan ini adalah moden kontemporari dan tema warna emas, putih dan oren. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan kami doakan semoga pasangan ini bahagia sentiasa hendaknya.

CHINTA FASHA SANDHA KEPADA SIAPA?





Tahniah kami ucapkan kepada Pelakon Jelita iaitu FASHA SANDHA atas pembukaan Salon Chinta beliau yang terletak di Wangsa Maju. Salon ini dengan rasminya dibuka dan beroperasi hari ini iaitu 21 Februari 2011. Diharap beliau berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya satu hari nanti. Sesiapa yang teringin mencuba sentuhan di Salon Chinta ini ada boleh kunjungi kedai ini di alamat seperti yang tertera dibawah.

PROMO SALON CHINTA

Alamat : Chinta Hair Salon, 33-1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Link, Wangsa Maju
Waktu beroperasi : 11am to 9pm

PICTURE CREDIT FASHA SANDHA FB

Semoga Perniagaan beliau ini mendapat sambutan hendaknya. Sokongan dari kami tetap bersama Fasha Sandha dan kami berharap beliau akan terus berjaya dan terus cekal dalam menempuh segala gosip yang melanda. All the best to you FASHA SANDHA.

REMY ISHAK TERLIBAT DALAM PERGADUHAN CEDERA DITENDANG





Artis ini pernah mengalami kecederaan ekoran dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada tahun 2009. Kali ini beliau sekali lagi telah terlibat dengan pergaduhan dan menyebabkan beliau ditendang sehingga lebam dan cedera di bahagian tulang rusuk kanan setelah beliau ditendang disebuah rumah di Kuala Lumpur.Ini menyebabkan beliau terpaksa berehat dalam aktiviti lakonan buat sementara waktu.


Sebenarnya kecederaan tersebut berlaku gara-gara lakonan beliau dalam aksi babak pergaduhan dalam filem baru beliau yang berjudul  ' BARAJIWA'. Ketika melakonkan aksi pergaduhan tersebut beliau telah ditendang sehingga menyebabkan tulang rusuk beliau lebam dan tidak boleh bangun dan telah dikejarkan ke Klinik untuk ujian X-ray.

Sememangnya kami memuji pelakon seperti Remy Ishak yang sanggup berlakon dengan bersungguh-sungguh dalam menjayakan sesebuah filem atau drama. Semoga beliau terus berusaha untuk menjadi seorang pelakon yang tersohor satu hari nanti. Saat entri ini ditulis beliau telah beransur pulih dari kecederaan yang dialami dua minggu lalu.

** Kejayaan seseorang pelakon adalah kerana kesanggupan mereka untuk menempuh segala dugaan dan bersungguh-sungguh dalam lakonan.

HELIZA HELMI MENAWAN DENGAN BUSANA YASALMA





Heliza Helmi Artis yang cukup menawan dan tinggi budi pekerti beliau sekali lagi telah mengorak langkah didalam alam perniagaan bila pakaian dan tudung rekaan YASALMA bakal mengegar dunia fesyen tanah air. 19hb Februari 2011 telah berlangsung perasmian Single terbaru beliau dan juga pertunjukan fesyen rekaan YASALMA.


Komen kami, kami sokong Heliza Helmi dari belakang. Sememangnya kami berharap beliau akan menjadi Ahli perniagaan yang berjaya satu hari nanti.Terima kasih dan kredit kepada pemilik blog saudara Annas Easkey untuk gambar yang menarik ini. Untuk melihat busana dengan lebih lanjut layari blog beliau dibawah.

Ahad, 20 Februari 2011

IMPIAN TERCAPAI RASMINYA MASJID AL-KHALIDIAH | DATUK SRI KHALID & DATO SITI NURHALIZA





Tahniah diucapkan kepada Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Siti Nurhaliza atas perasmian Masjid Al-Khalidiah di Kampung halaman Datuk Khalid. Masjid ini telah dirasmikan pada 19 Februari 2011 iaitu kebetulan tarikh Hari Lahir Datuk Khalid oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Gambar menarik diperolehi dari Blog LUZRIQ. Semoga Pasangan ini diberkati dengan terbinanya Masjid Al-Khalidiah ini. Satu impian telah tercapai diharap Satu lagi Impian Kedua pasangan ini dan impian para peminat penyanyi tersohor ini juga akan tercapai satu hari nanti iaitu memperolehi cahaya mata.

Lagi gambar menarik diblog INI

KEK HARI JADI 30 TAHUN PARIS HILTON DICURI





Cukup menarik. Semua orang tahu bahawa Paris Hilton telah menyambut Hari Lahir yang ke 30 dan telah mengadakan sambutan hari Jadi beliau di sebuah Hotel. Tapi tahu tak ada sesuatu telah terjadi kepada Kek Hari Jadi Paris Hilton yang bernilai kira-kira USD2,000 lebih kurang RM6,000 lebih. Kek beliau telah dicuri tanpa disedari. Tindakan yang berani kerana sayangkan kek Hari Jadi ini terbuang, eloklah dibawa balik.


Kisah Kek Paris Hilton yang telah dicuri oleh sorang pemuzik yang hanya dikenali sebagai PAZ didalam FACEBOOK telah menarik perhatian ramai orang . Alasan kenapa beliau mencuri kek tersebut adalah kerana beliau mendapat tahu kek tersebut akan dibuang kalau tidak dihidangkan disebabkan jemputan sibuk berparti.Jadi dengan rasa tidak bersalah, beliau telah berjaya membawa keluar kek ini dengan melepasi sekuriti dan memasukkan kek ini ke dalam kereta Nissan beliau.

DAPHNE IKING MASUK ISLAM?





Maklumat masih samar-samar lagi. Persoalannya adakah Daphne Iking dah masuk Islam? Terdahulu sebelum ini kat blog BEAUTIFULNARA dalam Entri beliau (GOSIP)Daphne Iking Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi ada menyebut Daphne menghadiri kursus kahwin. Pastinya ia satu berita yang cukup hangat sekiranya betul beliau akan berkahwin dan Masuk Islam.


Kedengaran semasa Daphne Iking mengacara majlis Anugerah Seri Angkasa 2010 bersama Hanie dan Afdlin Shauki beliau ada menyebut perkataan MASYALLAH dan pada penghujung acara, sekali lagi kedengaran suara Daphne Iking menyebut ASSALAMUALAIKUM kepada para penonton pada penutup Majlis.

Alhamdullilah sekiranya benar apa yang didengari. Harapan semoga beliau jangan mengambil mudah bila meibatkan bab agama ini kerana ia perkara yang bukan main-main. Apa yang kami harapkan agar Daphne Iking sudah bersedia dari segi Mental sekiranya apa yang didengar ini adalah betul.

Sabtu, 19 Februari 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2010





Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010 pada 19.02.2011. Sebanyak 31 Anugerah dipertandingkan dan 16 Anugerah telah dibolot oleh RTM. Tahniah RTM. Disini beberapa pemenang Anugerah yang seterusnya telah diketahui

ANUGERAH DJ RADIO WANITA TERBAIK
ROSLINDA ABDUL MAJID
SURIA FM


ANUGERAH PENYAMPAI BERITA RADIO TERBAIK
WAN SHARINA
BERNAMA RADIO 24


ANUGERAH DJ RADIO LELAKI TERBAIK
PEMENANG : CHONG KEAT AUN
IFM RTM


ANUGERAH PENYAMPAI BERITA TV TERBAIK
ASHWAD ISMAIL
ASTRO AWANI


ANUGERAH PENGULAS TV  TERBAIK
MOHD HAFIZAL AHMAD
RTM TV1


ANUGERAH PENGACARA TV TERBAIK
SARIMAH IBRAHIM
KONSERT AKADEMI FANTASIA ASTRO RIA


ANUGERAH MAJALAH TV TERBAIK
AGROTEK
RTM TV1


ANUGERAH RANCANGAN REALITI TV TERBAIK
SHOWDOWN 2010 EPISOD KE SEMBILAN
8TV


ANUGERAH HIBURAN TV MUZIKAL TERBAIK
SHOUT AWARD
8TV


ANUGERAH PENGACARA TV TERBAIK
SARIMAH IBRAHIM
KONSERT AKADEMI FANTASIA ASTRO RIA


ANUGERAH CANDAWARA (GAMESHOW) TV TERBAIK
JANGAN LUPA LIRIK
ASTRO RIA


ANUGERAH DOKUMENTARI TV TERBAIK
MALAYSIA MY HOME SABAH SARAWAK
ASTRO AEC


ANUGERAH BULETIN BERITA TV TERBAIK
AWANI 745
ASTRO AWANI


ANUGERAH KHAS JURI
CATATAN SAKSI MAVI MARMARA
ASHWAD ISMAIL


ANUGERAH PELAKON KOMEDI TV TERBAIK
EBBY YUS
MASAK LOMAK CILI API


ANUGERAH SKRIP DRAMA TV TERBAIK
SITI JASMINA IBRAHIM
PEREMPUAN
RTM TV2


ANUGERAH PELAKON WANITA DRAMA TV TERBAIK
ELAINE DAILY
APA DOSAKU
ASTRO CITRA


ANUGERAH PELAKON LELAKI DRAMA TV TERBAIK
FAUZI NAWAWI
SEBELUM AKHIRAT
TV3


ANUGERAH TOKOH PENYIARAN SWASTA
YAB DATO SRI  MOHD EFFENDI NORWAWI


ANUGERAH TOKOH SERI ANGKASA
DATUK ABDULLAH AHMAD


ANUGERAH PENGARAH DRAMA TV TERBAIK
BERNARD CHAUDLY
APA DOSAKU
ASTRO CITRA


ANUGERAH DRAMA TV TERBAIK
PEREMPUAN
RTM TV2

AHLI KELUARGA ARTIS , PESERTA PROGRAM REALITI LAIN MENCUBA NASIB DI UJI BAKAT AKADEMI FANTASIA 9 (AF9)





Akademi Fantasi Musim ke 9 pada kali ini menyaksikan para peserta yang datang menghadiri Uji Bakat Akademi boleh dikatakan ramai juga yang terdiri daripada Keluarga Artis. Antaranya yang telah mencuba nasib dalam sesi uji bakat di hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah penghujung Januari 2011 dan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 hingga 13 Februari adalah..

Ujibakat di Sabah


1. Adik Kepada Zizi AF7
2. Sepupu Marsha Londoh
3. Adik kepada Finalis Keynote Aqasen

Ujibakat di Stadium Bukit Jalil


1. Adik kepada pelakon Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida iaitu Betty
2. Adik penyanyi Farawahida yang bernama Nursyahirah Razali
3. Adik Nadia AF6
4. Adik kepada Diddy Hirdy
5. Adik kembar Rini iaitu Rina
6. Anak pelakon Zulkifli Zain dan Normala Omar iaitu Norzazleen Zulkafli

Artis Program Realiti dan Artis yang lain turut mencuba nasib antaranya

1. Afif dari Mystar LG
2. Azrie dari Mystar LG
3. Ryzal Mentor
4. Shahir Bintang RTM
5. Intan Suraiya OIAM
6. Ryan, Ahli Kumpulan Bad Boyz
7. Artis Aesar
8. Rashid Gitaris Ekamatra

Macamana dengan nyanyian mereka ini? Sama-samalah kita tunggu dan  lihat Akademi Fantasia 9 yang bakal keudara nanti di ASTRO. Mungkinkah peserta yang terpilih untuk persembahan AF9 ini cukup mantap? Jadi pilihan nanti ditangan anda. Tunggu sahaja AFUNDI dibuka..pasti berjaya di Akademi Fantasia..

STACY DAN AKIM KAHWIN | IBU STACY RESTUI





Wahh..terlebihh Sudah. Maklumat dibaca mengatakan Ibu Stacy takde Masalah sekiranya Stacy berkahwin dengan Akim. Ibu beliau berpesan jika ditakdirkan jodoh beliau jatuh di tangan pemuda Melayu dan beragama Islam, ibu beliau sama sekali tidak menolak. dan ibu beliau juga mengingati Stacy agar perlu ingat, terlalu banyak dugaannya apabila seseorang itu berkahwin dengan agama lain.


Kami ucapkan tahniah kepada Akim sekiranya hubungan ini mendapat restu dari keluarga Stacy.  Apa yang diperkatakan oleh ibu Stacy ada kebenarannya dan pesan dari ibu Stacy lagi jika beliau ingin berkahwin hanya setakat untuk bersuka-suka, nasihatnya baik lupakan saja kerana ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan 2 agama yang berbeza.

Maka terjawablah sudah teka-teki mengenai perhubungan cinta Stacy dan Akim selama ini yang sering menjadi gosip dikalangan peminat-peminat dan juga pihak media hiburan. Apa yang diharapkan agar perhubungan mereka ini berpanjangan hendaknya. Semoga hubungan kedua-dua mereka juga direstui oleh peminat mereka masing-masing. Apa pendapat anda ok atau tidak?

JESSICA ALBA MENANTI ANAK KEDUA





Kali ini Berita mengenai Artis Luar Negara pula ingin kami kongsikan bersama. Rasa-rasanya ramai dah kenal dengan artis yang cute ni,iaitu Jessica Alba yang mana sekarang ini sedang menanti kelahiran anak beliau yang kedua bersama dengan suami beliau iaitu Cash Warren.


Makluman mengenai anak yang kedua ini telah beliau umumkan kat dalam FACEBOOK beliau pada hari Rabu lepas. Antara Petikan Ayat yang terdapat dalam FACEBOOK JESSICA ALBA mengenai anak kedua mereka ini :

“Lama benar saya tidak aktif di Facebook dan saya fikir saya sudah tiada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Honor akan menjadi seorang kakak. Cash dan saya sangat senang dan ingin beritahu berita gembira ini secepat mungkin kepada semua agar kamu semua tidak mendengarnya dari pihak lain. "Saya juga menghargai semua perhatian dan ketulusan yang kamu semua berikan semasa kehamilan pertama dahulu,” tulisnya lagi.

Tahniah kepada mereka berdua mengenai berita yang telah dikeluarkan oleh beliau sendiri melalui FACEBOOK beliau setelah sekian lama tidak aktif dalam mengemaskinikan FACEBOOK .

Jumaat, 18 Februari 2011

SIAPA NAK JALAN-JALAN DENGAN LISA SURIHANI?





Lisa Surihani ajak jalan sambil beramal. Anda berminat? Bukan gosip bukan rekaan tetapi semuanya benar belaka. Jom jalan-jalan dengan Lisa Surihani. Nantikan beliau di Dataran Merdeka nanti kalau anda ingin berjalan bersama-sama dengan beliau pada 13 Mac 2011 ini. Anda berminat dan mahu tahu lebih lanjut?


Ok sebenarnya Lisa Surihani telah dilantik sebagai Duta dan jurucakap bagi walkathon amal, Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green.Aktiviti ini bertujuan bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Semua dana tersebut akan didermakan sepenuhnya kepada Shelter Home Petaling Jaya, Selangor dan Rumah Kasih Sayang Rawang, Selangor.

Selain dari Lisa Surihani beberapa artis lain juga turut serta dalam program ini antara yang dijangka akan turut serta adalah Sazzy Falak, Faizal Ismail (FBI, DJ HOTFM) dan ramai lagi.Sesipa yang berminat untuk menyertai dan menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan dengan melayari laman web www.walkforchildrenkl.com.

BINTANG SENI BLOG ARTIS, GOSIP DAN HIBURAN





Tanggal 17 Februari 2011 terlakar dalam sejarah bila sebuah Blog yang berkongsepkan Maklumat Hiburan bakal mewarnai dunia blogging dengan Informasi,Berita,Gosip,Artis dan sebagainya. Terciptanya blog ini adalah sekadar untuk berkongsi maklumat apa yang sedang berlaku didalam dan diluar Negara mengenai apa jua maklumat mengenai artis.


Diharap terbitnya blog ini bakal mendapat Sokongan dari semua.Kami akan cuba mengemaskinikan Maklumat yang terkini dengan sebaik mungkin. Segala Cadangan dan kritikan terhadap blog ini kami alu-alukan demi untuk memperbaiki apa yang kekurangan.

Khamis, 17 Februari 2011

NORA DANISH DAPAT HADIAH RUMAH MEWAH





Uihh..beruntungnyer si NORA DANISH..dengar cerita Beliau dapat sebuah rumah mewah sekitar Ampang sebagai Hadiah yang mana rumah berkenaan sedang dalam sesi renovation oleh kontraktor terkenal. Rumah yang mempunyai 10 bilik sebenarnya adalah hadiah dari bekas Mertua beliau untuk anak beliau bersama bekas suami beliau iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.


Bertuah betul si NORA DANISH kerana hubungan dengan bekas mertua masih berkekalan walaupun telah berpisah dengan suami beliau. Diharap perhubungan ini terus berkekalan hendaknya.