Rabu, 11 Mei 2011

SAIDA ANGAU ? | KES PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH





SAIDA angau? Begitulah kenyataan suami kepada penyanyi dan juga kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza mengenai Prosiding di mahkamah hari ini.Menurut Mohd Ghazali berliau mendakwa beliau pernah berjumpa Saida dengan lelaki yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong dan beliau juga telah merampas telefon bimbit milik SAIDA dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya.


Pada prosiding itu juga SAIDA mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja. Nampaknya keadaan semakin hangat bila perbicaraan diteruskan. Sekiranya diteruskan selepas ini mungkin macam-macam lagi cerita yang tidak sedap didengar akan keluar. Bagi kami ambil dan pilihlah jalan yang menuju kepada kebaikan dari meruntuhkan mahligai yang telah dibina sejak dari tahun 1996 ini.

Selasa, 10 Mei 2011

PELAKON VETEREN,PENULIS DAN BEKAS WARTAWAN AIMI JARR MENINGGAL DUNIA





Al-Fatihah disedekahkan buat Pelakon Veteran dan penulis dan juga bekas seorang wartawan hiburan iaitu AIMI JARR @ Omar Puteh yang telah meninggal dunia di rumah beliau di Taman Melawati akibat serangan jantung kira-kira 7.30 pagi hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr, 34.


Menurut anak beliau "Sebelum ini dia memang menghidap kencing manis dan Parkinson tetapi dia tidak pernah jatuh sakit sehingga ditahan di hospital".Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. Kami berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman hendaknya.

Jumaat, 6 Mei 2011

IMEJ TERBARU NORKHIRIAH BERTUDUNG





Tahniah kami ucapkan kepada Pelakon NORKHIRIAH 35 yang cukup dikenali dengan lakonan yang bersahaja yang kini dikhabarkan dalam proses melakukan perubahan kepada diri beliau secara berperingkat dengan menampilkan imej terbaru beliau iaitu bertudung.


Kami puji sikap NORKHIRIAH kerana berterus terang dalam hal ini (bertudung) dan beliau sendiri mengaku yang beliau masih dalam proses mempelajari dan menyesuaikan diri dan berharap agar masyarakat dan peminat beliau memberi beliau tempoh  untuk melakukan perubahan secara menyeluruh.


Mungkin sudah tiba masanya untuk beliau melakukan perubahan ini kerana umur semakin hari semakin meningkat bukannya menurun. Kami doakan semoga beliau dapat menghadapi segala rintangan dalam mengharungi segala cabaran dalam usaha beliau untuk memperbaiki diri...AMIN

Khamis, 5 Mei 2011

KAMI RASA ROSYAM NOR TIDAK SUKA GAMBAR PERCUTIAN BELIAU SEKLUARGA TERSEBAR | PANDANGAN KAMI





Banyak berita Gosip kedengaran mengenai kisah Percutian Rosyam Nor dan Keluarga kedengaran di kebanyakan blog. Apa yang kami dapat rasakan sekiranya kami berada diposisi ROSYAM NOR sudah pasti kami akan bengang. Segala gambar peribadi telah dipaparkan pada setiap blog.


Rasanya hak peribadi beliau seolah-olah diceroboh dan itu sesuatu yang amat mengecewakan. Beliau juga seperti manusia lain inginkan privasi terutama bila melibatkan kisah keluarga beliau. Cuba anda fikirkan  kalau  hak peribadi anda diganggu pasti anda tidak suka, begitu juga beliau.

Apa yang kami tahu ROSYAM NOR antara artis yang kurang memberi publisiti mengenai keluarga beliau dan kami tahu kenapa. Anda sendiri mungkin tahu. Dari kebanyakan blog yang ada gambar-gambar percutian bersama keluarga beliau ada komen yang kurang enak didengar.

Tak pasal-pasal Keluarga beliau yang tak bersalah menjadi mangsa. Mungkin sebab itu beliau lebih selesa sekiranya orang tak ambil tahu mengenai keluarga beliau. Bagi kami ada masanya anda perlu berhati-hati dengan perkara sebegini walaupun niat anda sekadar ingin berkongsi.

Namun kena lihat implikasi yang bakal dihadapi oleh ROSYAM NOR dan keluarga beliau terutama mereka-mereka yang dengki dengan kejayaan yang telah beliau kecapi dengan kesusahan beliau sebagai seorang pelakon yang mengambil kesempatan mengutuk beliau dan keluarga beliau.

Kami tahu kerana kami kenal keperibadian ROSYAM NOR sebab itu segala cerita mengenai Keluarga atau hal-hal peribadi beliau tidak akan dikeluar dalam blog ini kecuali setelah mendapat kebenaran dari beliau. Diharap sesiapa yang dengki dengan beliau tu cukuplah. Pergilah cari cerita lain.