Isnin, 11 Julai 2011

MALAM GALA SIMPLYSITI 2011 | DEWAN AGUNG UiTM SHAH ALAM





Majlis Malam Gala SimplySiti 2011 berlangsung di Dewan Agung UiTM Kolabrasi UiTM dengan SimplySiti. Persembahan menarik telah disajikan dari Para Pelajar UiTM, Dato' Siti Nurhaliza dan Penyanyi jemputan. Antara gambar yang sempat dirakamkan pada Malam tersebut.

 DATO' SITI NURHALIZA DIAWAL PERSEMBAHAN

Gimik Pembukaan persembahan cukup menarik dimana Dato' Siti Nurhaliza telah menunggang Motosikal yang dipandu oleh Datuk K. Pengacara Majlis pada malam itu adalah Faizal Ismail @ FBI.

  DATO' SITI NURHALIZA SERBA BIRU

DUET DATO' SITI NURHALIZA DENGAN AIZAT

 PENYANYI JEMPUTAN ANA RAFFALI

 ROCKERS SEJATI AMY SEARCH

PENYANYI JEMPUTAN AIZAT

FARAH FAUZANA DAN ZIZI YANG TURUT HADIR

FAZREEN RAFI (PELAKON SPA Q) DAN ISTERI

Keseluruhan Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Penghargaan dari SIMPLYSITI melalui Malam Gala SIMPLYSITI cukup bermakna buat peminat-peminat Dato' SITI NURHALIZA dan apa yang pasti sokongan terhadap Dato' SITI NURHALIZA dan SIMPLYSITI pastinya akan berterusan.




Sabtu, 9 Julai 2011

MAJLIS PELANCARAN ALBUM TERBARU NING BAIZURA PADA 8 JULAI 2011 BERJUDUL DEWA





Majlis Pelancaran album terbaru NING BAIZURA telah berlangsung di ZOUK Kuala Lumpur pada 8 Julai 2011. Album yang berjudul DEWA memuatkan 8 lagu yang diterbitkan oleh gabungan Syarikat Happenings yang dimiliki oleh NING BAIZURA dengan Satu Entertainment yang dimiliki oleh AUDI MOK. Lagu yang ditampilkan pada Album ini adalah berentak ELEKTRO dan DANCE. Tidak ketinggalan juga lagu yang berntak irama balada.
 KULIT MUKA ALBUM MENJADI LATARBELAKANG PENTAS

NING BERSAMA ALBUM TERBARU BELIAU

PERSEMBAHAN MEMUKAU DARI NING BAIZURA

GIMIK PERSEMBAHAN BERSAMA ABANG RAKSASA

Persembahan pembukaan NING BAIZURA untuk SHOWCASE 2011 bersempena pelancaran Album DEWA dimulakan dengan gimik yang cukup menarik. Para pengiring NING BAIZURA terdiri dari sekumpulan Ahli Bina Badan yang mengiringi persembahan lagu pembukaan beliau dari Album terbaru beliau iaitu RAKSASA .

HADIAH DARI NING BAIZURA UNTUK 10 PEMENANG PEMBACA BUDIEY.COM

Pada malam itu juga NING BAIZURA telah menyampaikan Hadiah kepada 10 Pembaca bertuah dari BUDIEY.COM dan juga seorang pendengar ERA.

GAMBAR NING BAIZURA BERSAMA KELUARGA BELIAU

NING BAIZURA BERSAMA PENGACARA MAJLIS DARI ERA RM

Keseluruhan Majlis berjalan dengan lancarnya. Dari Persembahan NING BAIZURA dengan lagu dari Album  terbaru beliau iaitu DEWA adalah tidak keterlaluan saya katakan semuanya cukup mantap belaka. Lagu-lagu yang terkandung didalam Album DEWA ini sememangnya sedap untuk didengari.

KULIT ALBUM DEWA DARI NING BAIZURA

Jadi kepada peminat-peminat NING BAIZURA, Jangan lupa untuk mendapatkan Album terbaru beliau ini. Belilah Album yang original dan benteraskanlah Album Cetak Rompak. Kepada NING BAIZURA Selamat Maju Jaya dalam perjalanan Seni. Semoga Album ini mendapat Sambutan dari peminat Industri Musik Malaysia.