Selasa, 29 Mac 2011

12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9





12 Pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9  telah diumumkan. Adakah Akademi Fantasia kali ini akan menjadi Program Realiti yang terhebat berbanding sebelumnya? Sama-samalah kita tunggu. Kali ini Program Realiti Akademi Fantasia 9 membariskan seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada enam orang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan.

PICTURE CREDIT GUA.COM

Peserta terdiri daripada pelajar lelaki Afif, Amir, Azri, Erul, Kay ,Raqi dan pelajar perempuan Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera. Tenaga pelajar pula terdiri daripada lima orang guru untuk mengajar iaitu Fatimah Abu Bakar(guru motivasi & bahasa inggeris), Adlin Aman Ramli (guru lakonan dan persembahan), Syafizawati Sharif@Shafi dan Ning Baizura (guru vokal) dan A. Aris A. Kadir (guru tari).

PICTURE CREDIT GUA.COM
Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 9 ini Bakal keudara bermula 2 April dengan pembuka program iaitu Tirai AF pada pukul 9 Malam. Segmen Kenangan AFNIL setiap sabtu pukul 8.30 malam dan diikuti Diari AF yang bakal bersiaran dari hari Isnin sehingga Jumaat yang bermula pada 4 April pada pukul 9 malam.Tunggu kemunculan Akademi Fantasi Musim ke 9 edisi rancangan penutup Akademi fantasia.

Isnin, 28 Mac 2011

PELAKON ZUL HUZAIMY BERCERAI TALAK DUA





Lagi mengenai kisah artis bercerai. Kali ini artis iaitu pelakon yang dikenali ramai Zul Huzaimy, 33 yang telah bercerai talak dua dan ini telah disahkan oleh isteri beliau Nor Dalilah Muhammad, 29. Konflik dah lama kedengaran cuma tiada pengesahan dibuat sehinggalah ke hari ini.


Namun segala pertemuan dan jodoh telah takdirkan begitulah juga dengan pasangan ini. Apa yang kami cukup hormati dengan pasangan ini adalah cara perpisahan yang berlangsung dengan aman dan damai atas dasar masing-masing telah berbincang secara baik.

Apa yang diharapkan agar Zul Huzaimy terus memberi perhatian kepada keluarga beliau ini terutama anak beliau Awal Haziq, 5. Kesian anak masih kecil memerlukan kasih sayang dari seorang ayah. Diharap beliau jangan abaikan..

Sabtu, 26 Mac 2011

MISHA OMAR MAHU JADI TAMAK?





MISHA OMAR MAHU JADI TAMAK terperanjat kami bila terbaca sebuah artikel dari sebuah portal online hiburan. Biar betul? Apa yang beliau tamakkan? Rupa-rupanya ini sekadar gimik mengenai MISHA OMAR.Tajuk tersebut mewakili kesibukan MISHA OMAR tahun ini dimana beliau mendapat  banyak tawaran untuk berlakon dan juga beliau sibuk dengan album kompilasi beliau yang berjudul DIA.


Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang boleh dikatakan tahun murah rezeki buat MISHA OMAR. Beliau juga bertegas yang beliau akan berlakon dan tak akan berehat buat sementara waktu kerana menurut beliau lagi apa yang dilakukannya itu juga merupakan pemintaan peminat. Nampaknya tahun ini seakan-akan MISHA OMAR akan berkerja keras sebagai artis.

Walau apapun yang beliau lakukan diharap beliau titikberatkan aspek kualiti bila berlakon mahupun Nyanyian. Jangan sekadar mengejar sesuatu sehingga terabai segalanya. Tapi kami yakin MISHA OMAR mampu melakukannya kerana beliau tampak bersemangat untuk terus berjaya dalam Industri Seni. Semoga beliau terus berjaya hendaknya.

Jumaat, 25 Mac 2011

LADY GAGA SELAR PEMIMPIN MALAYSIA?





Hangat berita ni. Lady gaga telah menyelar pihak yang berkaitan mengenai pengharaman lagu beliau iaitu "Born This Way". Pengharaman lagu beliau gara-gara lirik lagu beliau tidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib di MALAYSIA.Lirik yang menjadi Kontroversi pada lagu beliau adalah ‘No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I’m on the right track, baby,’.


Antara petikan kata dalam temuramah Lady Gaga didalam YOUTUBE

‘What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard.’

‘You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably.’

Undang-undang telah dibentuk agar segalanya mengikut peraturan.Setiap negara memiliki cara mereka masing-masing dalam mengawal apa bentuk sekalipun mahu dari segi ayat ataupun apa jua yang melibatkan perkara yang sensitif. Sepatutnya Lady Gaga berterima kasih dengan pihak yang berkaitan kerana sebelum ini membenarkan lagu beliau berada dicorong radio.

Cuma lagu yang agak sensitif dari segi lirik sahaja yang diharamkan demi untuk menyesuaikan dengan keadaan di Negara Malaysia. Kami rasa elok juga ada kawalan. Kalau tidak masalah lain akan timbul contohnya masalah sosial yang melampau.Apa pendapat anda?

M.NASIR DAN RAMLI M.S TERIMA GELARAN DATUK





Terdahulu ucapan tahniah hanya untuk M.NASIR tapi kali ni Tahniah berganda buat dua ARTIS ini iaitu Mohd Nasir Mohemed atau dikenali dengan nama M.NASIR dan Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali dengan nama RAMLI M.S yang telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelar Datuk. Mereka diantara 124 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang.


Ingatkan hanya M.NASIR sahaja yang menerima anugerah,rupa-rupanya RAMLI M.S juga turut dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang. yang membawa gelaran Datuk. Satu pencapaian yang cukup manis bagi kedua-dua Konduktor Muzik dan Penyanyi dan pencipta lagu ini. Kami ingin ucapkan Tahniah atas gelaran yang diberi. Pada pandanga kami memang kedua-dua mereka ini layak untuk menerima anugerah ini

Khamis, 24 Mac 2011

TAHNIAH KEPADA M.NASIR KERANA MENDAPAT GELARAN DATO'





Tahniah diucapkan kepada M.Nasir kerana telah dikurniakan gelaran Dato' oleh Istana Pahang hari ini dimana penganugerahan telah berlangsung di Pekan, Pahang.Sememangnya beliau layak untuk menerima anugerah ini atas jasa yang telah beliau sumbangkan dalam industri seni di Malaysia.


Sebelum ini M.Nasir pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) Oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekitar tahun 1996. Cukup berbangga dengan beliau kerana telah berjaya meningkatkan martabat Artis dan Seniman ketahap yang tinggi. Tahniah sekali lagi dari kami.

WAN HUZAIRIL MENGAKU SILAP KES BAJU MIERA LIYANA





Wan Huzairil Pereka fesyen yang telah mereka cipta pakaian yang cukup kontroversi yang digunakan oleh Miera Liyana untuk Majlis Makan Malam Golden Gala anjuran barangan kemas, Rafflesia & Mandala, di Hotel Le Meridien telah menerima segala kesilapan yang telah terjadi dan beliau mengaku bahawa ia adalah salah beliau.


Pakaian kuning keemasan yang telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudara. Memang rekaan agak keterlaluan pada pandangan kami. Wan huziril mengambil segala kritikan yang dilempar sebagai pengajaran buat beliau agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Kami pasti beliau pun  tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Setiap manusia tidak lepas dari segala kesilapan dan rasanya perkara ini menjadi pengajaran kepada beliau agar lebih perihatin dan berhati-hati agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali. Perkara sebegini juga diharap dapat dijadikan pengajaran kepada artis-artis lain juga pada masa akan datang.

Rabu, 23 Mac 2011

JELINGAN TAJAM DATUK SITI TAMBAH MENAWAN DENGAN TUDUNG LITUP





Datuk Siti Nurhaliza bertudung litup So Sweet. Memang pada pandangan kami kalau Datuk Siti Nurhaliza teruskan dengan bertudung konsep sebegini pasti peminat-peminat beliau suka. Dahlah menawan dan cantik, manis pulak tu. Gambar diperolehi melalui tweet beliau kat Follower beliau. Memang menawan sekali.


Nampak macam wajah keibuan pulak rasanya. Rasanya elok juga kalau Datuk Siti Nurhaliza terus kekal dengan konsep menggunakan tudung sebegini sebab lagi terserlah kejelitaan beliau. Datuk Khalid pun rasanya mesti suka dengan fesyen terbaru Datuk Siti Nurhaliza nie. Apa pendapat anda? Setuju dengan kami?

HARAP YUNA TERIMA TERBUKA TEGURAN BEAUTIFULNARA





Kedengaran cerita YUNA merajuk dek kerana teguran dari blogger BEAUTIFULNARA. Honestly ini semata-mata pendapat kami. Harap janganlah disalahertikan. Kami berasa apa yang dikatakan oleh BEAUTIFULNARA mengenai YUNA adalah atas dasar ingat mengingati tiada niat untuk menghina mahupun menjatuhkan air muka YUNA.
 


Apa yang dikatakan oleh BEAUTIFULNARA ada kebenarannya. Kepada YUNA ambillah ini sebagai pengajaran, ' Think Positive '. Kami juga suka dengan Identiti YUNA yang dulu dan mahu YUNA kekal sebegitu. Kerana minat terhadap YUNA,apa yang diluahkan demi kebaikan buat YUNA agar jangan hanyut tanpa ada yang menegur.

Kepada YUNA diharap beliau janganlah ambil hati dengan teguran dari BEAUTIFULNARA kerana pada pandangan kami ia lebih kepada unsur nasihat dan bukan berniat untuk memalu beliau. Jadikanlah ia pengalaman yang berharga kerana apa yang pasti ramai peminat yang menyayangi beliau.

Selasa, 22 Mac 2011

GOSIP MUFLIS , ADA ORANG DENGKI LINDA JASMINE





Terdengar gosip yang agak keterlaluan mengenai LINDA JASMINE iaitu Isteri kepada pelakon QUE HAIDAR yang mengatakan Studio yang dimilki oleh beliau telah Muflis. Ada je orang nak dengki pada hal beliau rasa-rasanya memang tak pernah kedengaran pun gosip yang memburuk-burukkan nama beliau. Orang tak boleh nak duduk senang bila melihat orang senang.


Beliau mengaku dalam perniagaan yang dijalankan oleh beliau kadang-kadang pendapatan tak menentu terutama bila pelanggan lambat bayar. Tapi beliau memberitahu beliau tetap mendahulukan pembayaran gaji kepada pekerja beliau. Jadi kepada sesiapa yang dengki tuh,henti-hentikanlah dengki anda tu. Tak aman kalau hidup asyik nak mendengkikan orang.

Isnin, 21 Mac 2011

TAHNIAH MIZZ NINA KE PERINGKAT INTERNASIONAL





Tahniah kepada Mizz Nina dengan kejayaan lagu single beliau 'What you waiting for' hasil kolaborasi beliau dengan penyanyi Amerika Syarikat, Colby O'Donis yang telah berjaya menaikkan nama beliau di arena musik antarabangsa dan melayakkan beliau bergelar penyanyi Internasional.


Setakat ini Klip video beliau telah ditontoni oleh penonton dilaman Youtube sebanyak 2.6juta dan ini merupakan satu angka yang cukup tinggi. Lagu beliau juga kini dikatakan telah dimainkan hampir diseluruh stesen-stesen radio didunia. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Diharap dengan pencapaian MIZZ NINA ini dapat dijadikan pemangkin kepada Artis-artis tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.Ramai rasanya artis yang mampu pergi jauh ke pasaran antarabangsa,cuma keberanian untuk mencuba kunci segala-galanya disamping bakat yang sedia ada..

MAJLIS PERNIKAHAN KRIS DAYANTI DAN RAUL LEMOS DI MASJID SAHID NURUL IMAN





Tahniah kepada pasangan pengantin baru dari Indonesia iaitu Artis KRIS DAYANTI dan RAUL LEMOS kerana telah selamat dijabkabulkan yang diwalikan ayah beliau sendiri Trenggono dengan menjadikan kelengkapan Solat sebagai mas kahwin yang diterima dari suami beliau. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat.


Pasangan telah melangsungkan Majlis pernikahan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya kira-kira pukul 9.00 pagi pada 20 hb March 2011 dan segalanya berjalan dengan lancar. Majlis resepsi akan diadakan seminggu selepas pernikahan di Hotel Mulia,Senayan. Kedengaran bekas suami KRIS DAYANTI tidak hadir pada Majlis tersebut disebabkan oleh Selsema yang dihadapi beliau pada hari Majlis dilangsungkan.


Agak kurang selesa juga bila dalam Majlis ini RAUL LEMOS telah memberi kucupan dimulut pada KRISDAYANTI dengan mesra sekali dihadapan para hadirin yang menghadiri Majlis ini. Apa-apa pun Semoga pasangan ini terus berkekalan hendaknya dalam mengharungi alam rumahtangga yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam rintangan.

PAKAIAN MELAMPAU MIERA LEYANA KETERLALUAN, BELIAU MOHON MAAF





Rasa-rasanya Hangat diperkatakan tentang artis ini iaitu Miera Leyana. Apa taknya Pakaian yang cukup membuat orang menjeling sehingga berpuluh kali rasanya. Kerana inginkan kelainan dan tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil menyebabkan beliau nampak lain macam dengan pakaian yang membuat mata sesiapa sahaja terbeliak.

MIERA LEYANA

Beliau sendiri mengaku memilih pakaian tersebut dan sanggup menerima teguran dari orang ramai dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini pada masa akan datang. Tapi kami kurang puas hati dengan kata-kata beliau ini..

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”

Rasa-rasanya kalau pakai Tiub basikal pun ok juga rasanya. Nampak tertutuplah jugak. Diharap apa yang beliau katakan iaitu beliau berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama akan dikotakan. Jangan sehingga orang memandang rendah keperibadian beliau di tahap serendah-rendahnya pada masa akan datang.

Ahad, 20 Mac 2011

GOSIP | SAIDA TIADA HUBUNGAN DENGAN DATUK





Inilah dugaan buat SAIDA yang rasa-rasanya tidak adil buat beliau. Gosip mengatakan SAIDA ada Boyfriend seorang DATUK bermain diruang siber. Kenapalah sifat dengki sesetengah manusia yang sibuk menjual nama orang yang tidak bersalah. Dugaan demi dugaan dihadapi oleh SAIDA pastinya perit sekali setelah beliau memfailkan Penceraian tempoh hari.


Namun apa yang pasti segala tomahan orang terhadap beliau kami rasa beliau dapat hadapi melalui pengalaman beliau sebagai seorang artis. Yang buat cerita gosip panas tu,hentikanlah dari bergosip tak tentu pasal. Hormatilah hak peribadi seseorang. Diharap petikan penjelasan dari SAIDA ini sikit sebanyak dapat menghentikan gosip mengenai beliau.

"Apa yang penting saya sekarang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki lain selain suami daripada saya. Apatah lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki bergelar Datuk. Lagipun terus-terang saya memang akan mengelak jika ianya berlaku kepada saya,"

SAIDA

Sabtu, 19 Mac 2011

JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE LIMA





Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai MAN atas kejayaan beliau menjadi JUARA RAJA LAWAK MUSIM ke 5.Dengan itu beliau telah berjaya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan iaitu Hadiah berupa wang tunai RM100,000, Barangan Elektrik serta Trofi Sumbangan ASTRO.


Kumpulan R2 menjadi NAIB Juara yang membawa pulang Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000, barangan Elektrik dan juga Trofi manakala Kumpulan BALAS mendapat tempat ketiga dengan membawa Hadiah Wang Tunai berjumlah30,000.00,barangan Elektrik dan juga trofi. Seterusnya ketiga-tiga pemenang ini layak bertanding didalam Maharaja Lawak.

MAHARAJA LAWAK adalah sebuah rancangan yang mengumpul kesemua Finalis rancangan RAJA LAWAK dari musim pertama sehinggalah musim kelima. Pasti hebat rancangan ini nanti kerana para peserta mempunyai peminat mereka tersendiri dan yang pasti saingan pasti sengit kerana yang terbaik bakal berentap pada pertandingan ini nanti.

Jumaat, 18 Mac 2011

SUAMI TAK HORMAT ARWAH BAPA PUNCA SAIDA MINTA CERAI





Dengar cerita gara-gara tidak hormat Arwah Bapa Saida minta cerai dari suami beliau. Inilah yang kami terbaca bila pasangan ini menghadiri prosiding sebutan kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini. Selain daripada itu Saida juga memaklumkan bahawa sikap suami beliau yang mengongkong kerjaya beliau membuat beliau sakit hati.


Namun bagi Mohd Ghazali pula beliau cuba menyelamatkan perkahwinan yang telah dibina sejak 15 tahun dahulu dan memberitahu bahawa beliau masih sayangkan isteri dan anak-anak beliau dan pelbagai usaha telah diambil termasuk menghadiri sesi kaunseling secara sebelah pihak. Namun Hakim menyarankan agar Sesi Kaunseling kedua belah pihak perlu dilakukan.

Apa yang diharapkan agar kedua pasangan ini dapat menyelesaikan masalah perhubungan mereka ini dengan bijaksana demi kepentingan anak-anak mereka. Hapuskanlah segala yang buruk dan berbincang secara elok. Mungkin dengan ini dapat menyelesaikan kemelut yang melanda rumahtangga mereka. Dah adat rumahtangga buang yang keruh ambil yang jernih.

JANET KHOO DALAM BAHAYA, ABANG BELIAU MATI DIBUNUH?





Kisah pembunuhan Abang kepada Artis JANET KHOO menjadi tanda tanya. Kematian misteri abang beliau cukup mengejutkan. Apa yang menyedihkan adalah mayat telah dibalut dengan tilam dan kaki diikat dan dicampak ke dalam semak berhampiran lembah pangsun Hulu Langat. Memang kejam perlakuan si Pembunuh. Diharap siapa punya angkara dapat ditangkap dan dihukum dengan setimpal.


Kejadian berlaku pada 6 Mac lalu dan mayat ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 11.40 malam. Kena tunggu polis membuat siasatan kerana maklumat tidak dapat disebarkan kerana ia sudah menjadi kes polis dan ia juga melibatkan keluarga JANET KHOO sendiri yang berkemungkinan nyawa mereka didalam bahaya. Jadi janganlah dispekulasikan kematian ini sehingga habis hasil siasatan pihak berkuasa.

Khamis, 17 Mac 2011

DATIN SERI TIARA JACQUELINA PERCAYA SUAMI BELIAU TIDAK BERCINTA DENGAN MAYA KARIN





Siapalah yang punya angkara . Tak boleh lihat orang senang dan mungkin sifat cemburu tahap melampau sipemebuat cerita. Ni Mengenai kisah MAYA KARIN bercinta dengan Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi,Terbaca artikel yang menyatakan Datin Seri Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan MAYA KARIN.


Memang kami puji Datin Seri Jacquelina menaruh kepercayaan kepada Suami beliau daripada bertindak tanpa usul periksa. Kepercayaan beliau terhadap suami beliau adalah sesuatu yang patut dicontohi semua orang. Kami suka dengan ayat yang dikatakan oleh Datin Seri Jacquelina mengenai suami beliau.

"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya"

Macam mana? Apa pendapat anda? Kepercayaan adalah sesuatu yang berharga dalam Perkahwinan dan ia juga adalah kunci kepada kebahagian. Tanpa kepercayaan pasti akan hancurlah apa yang telah dibina selama ini. Jadi jangan sesekali hilang kepercayaan yang berharga ini dalam mengejar nafsu sendiri.

Selasa, 15 Mac 2011

SITI NORSAIDA @ SAIDA NAK BERCERAI, SUAMI TAKNAK?





Saida nak cerai, suami tak setuju? Permohonan Saida iaitu kakak kepada penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza untuk berpisah secara baik dengan suami beliau Mohd Ghazali Yahya Zikri belum dapat diputuskan lagi yang mana permohonan asal adalah bercerai secara Fasakh.


Menurut Saida lagi mereka masih tinggal serumah dan beliau ada cuba berbincang dengan suami beliau namun suami beliau tidak bersetuju.Menurut beliau mereka sudah tiada persefahaman dan perbalahan mereka tidak boleh dipulihkan. Sampai macam tu sekali?

Kami Setuju dengan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi yang menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka.Apa yang diperkatakan adalah betul. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bukan hanya untuk Keluarga tetapi fikirkan tentang anak-anak mereka yang telah besar. Salah langkah akan mengakibatkan sesalan sepanjang hayat. Jadi fikir-fikirkan hendaknya sebelum membuat keputusan.Kami doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan jalan terbaik.

Isnin, 14 Mac 2011

SEKITAR KONSERT HORE!HORE! AZNIL HJ. NAWAWI





Tahniah AZNIL NAWAWI atas Kejayaan Konsert Hore!Hore! Aznil Hj. Nawawi dimana konsert ini telah menarik kira-kira 8,000 peminat untuk menyaksikan konsert yang buat pertama kali beliau adakan. konsert yang dilangsungkan bersempena 21 tahun beliau berada didalam bidang seni ini cukup meriah dan mempunyai keistimewaannya tersendiri.Layan gambar sekitar Konsert Hore!Hore! Aznil Hj. Nawawi.


Apa yang pasti persembahan cukup menghiburkan. Walaupun hujan renyai-renyai, peminat tetap setia bersama AZNIL HJ NAWAWI sehingga ke akhir persembahan. Persembahan yang penuh dengan  keriangan dan santai.

Ahad, 13 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA @ E-CURVE





Sabtu lepas Layan tengok Filem terbitan KRUSTUDIOS iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA atas tajaan BEAUTIFULNARA. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menaja tiket untuk menyaksikan Filem ini. Seramai lebih 100 orang telah ditaja oleh beliau untuk menyaksikan filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini.


Review untuk filem ini secara ikhlas , inilah antara Filem yang boleh pergi lebih jauh lagi sekiranya beberapa elemen penting dapat dimasukkan dalam filem ini. Teknik CGI agak kerap digunakan agak merimaskan namun ia tidaklah mencacatkan jalan cerita filem ini. Lokasi pengambaran sesuai dengan jalan cerita.

Sekiranya mereka menggunakan sepenuhnya lokasi yang cantik yang ada di Malaysia,tidak mustahil ramai penerbit filem pasti tertarik. Kisah berkisar kebanyakan disekitar tepi pantai dan diatas laut agak kurang menggunakan ruang yang ada diatas muka bumi. Tapi ia masih releven dengan jalan cerita.

Dari segi lakonan, Tabik kat Stephen Huges kerana telah berjaya membawa watak yang telah diberikan dengan bagus sekali. Penulisan skrip cukup menarik dengan penggunaan kata-kata kiasan. Musik yang mengiring jalan cerita iaitu sebagai musik latar menggunakan khidmat Okestra sememangnya terbaik.

Jalan cerita kalau diberi tumpuan sepenuhnya kepada Merong Mahawangsa sudah pasti akan dapat menyedarkan generasi muda untuk menghayati sejarah Merong Mahawangsa itu sendiri. Namun sikit sebanyak masyarakat dapat tahu kesudahan Hikayat Merong Mahawangsa melalui filem ini.

Bagi kami ia filem wajib tonton sekiranya anda peminat Filem yang bercorak EPIC. Sesuai untuk tontonan semua masyarakat kerana lebih 50 peratus bahasa yang digunakan dalam Bahasa English. Sekalung tahniah kepada KRUSTUDIOS dan MOSTI yang bekerjasama untuk menerbitkan filem yang menelan belanja kira-kira 8 Juta ini.

Rabu, 9 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (OFFICIAL BAHASA MALAYSIA TRAILER)





TERBAIK!! Itu yang mampu kami katakan mengenai HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Kami baru menerima Trailer mengenai Filem ini. Jadi disini kami ingin kongsikan dengan semua. Akan berada di Pawangan 10hb March 2011. Melihat trailer sudah terasa teruja belum lagi kalau menonton aksi hebat di Pawagam.


Tidak keterlaluan kami katakan disini bahawa Filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini adalah Filem yang terhebat dalam selayaknya mendapat pengiktirafan pada tahun ini. Tahniah kepada KRU STUDIOS atas kejayaan mencipta sebuah Filem Epic yang bertaraf antarabangsa.

MAYA KARIN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG (VIP)?





Hangat. Gosip yang baru kami terbaca. MAYA KARIN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG (VIP)?. Biar betul. Apa yang kami baca lelaki ini dikatakan seorang VIP juga seorang suami kepada kepada Aktress Popular. Macam-macam. Kami sekadar berkongsi dengan apa yang dibaca dan bukannya kami mereka-reka.


Kalau betul pasti menjadi berita hangat. Jadi sama-samalah kita tunggu dari mulut Maya Karin sendiri mengenai perkara ini.Itu yang sebaiknya. Kekadang gosip adakalanya menyakitkan hati dan adakalanya sesuatu gosip ada kebenarannya. Jadi terpulang kepada kita untuk memikirkan mana yang baik mana yang buruk.

Harapan kami agar MAYA KARIN dapat memberi penjelasan agar gosip ini dapat disahkan sama ada betul atau tidak.Mungkin sekadar gosip panas untuk mencari publisiti bagi sesetengah orang atau pun ada kebenaran. Jadi kita tunggu apa kata MAYA KARIN nanti.

PENGACARA TREK SELEBRITI JIMMY SHANLEY FAIL NUSYUZ





Dah lama rasanya kisah ini disiarkan. Kali ini keluar lagi kisah beliau.Kisah JIMMY SHANLEY FAIL NUSYUZ iaitu beliau menuntut agar isteri beliau kembali taat kepada beliau. Kes ini masih tertangguh dan akan didengar diMahkamah Rndah Syariah Shah Alam pada 4 April 2011.



JIMMY SHANLEY telah mengambil jalan selamat iaitu mendiamkan diri. Diam bukan bererti bersalah,Mungkin perkara ini biarlah JIMMY SHANLEY selesaikan tanpa ada gangguan dari semua pihak. Kami Doakan semoga beliau beroleh kekuatan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekadar ingin berkongsi pendapat. Pada pendapat kami eloklah dibiarkan perkara sebegini diselesaikan oleh JIMMY SHANLEY kerana ia terlalu peribadi. Janganlah digembar-gemburkan perkara yang melibatkan maruah diri dan keluarga. Diharap peminat JIMMY SHANLEY terus menyokong beliau. Apa pendapat anda?

Selasa, 8 Mac 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA BAKAL MENGEGAR





Kami begitu teruja untuk menyaksikan filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang bakal dikategorikan sebagai Filem Terunggul dekad ini . Dari kebanyakan review yang telah dibuat mengenai filem ini ada kemungkinan ia bakal mencipta Sejarah dalam Dunia Perfileman Malaysia. Dengan Kos yang menelan belanja sekitar 8 juta sudah pasti ia sebuah filem wajib ditonton.


Kedengaran cerita belum lagi ditayang sepenuhnya tapi telah mendapat modal balik? Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Ini semua adalah kerana kebijaksanaan KRU yang telah berjaya mempromosikan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini dari awal lagi. Pada 15 Mac Filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini akan diedarkan ke 72 buah Negara yang telah membuat tempahan.


Tahniah dari kami kepada KRU STUDIOS atas pencapaian yang cukup membanggakan ini. Jadi sama-sama kita saksikan Filem yang Hebat dekad ini yang akan berada dipawagam pada 10 Mac 2011. Kami akan membuat review setelah menyaksikan Filem ini yang bakal kami saksikan pada 12 Mac 2011. Terima Kasih diucapkan kepada BEAUTIFULNARA  sebagai Sponser utama untuk kami menonton Filem ini nanti.

Isnin, 7 Mac 2011

TAHNIAH AZNIL NAWAWI SAH MENJADI PENGACARA AKADEMI FANTASIA 9 (AF 9)





Tahniah kepada AZNIL NAWAWI yang telah disahkan menjadi pengacara untuk program realiti iaitu Akademi Fantasia Musim ke-9. Maklumat diperolehi dari blog BEAUTIFULNARA. Pengumuman mengenai siapakah Pengetua Akademi Fantasia 9 bakal diketahui sikit masa lagi. Ada khabar mengatakan pilihan Artis yang menjadi pengetua adalah AMY SEARCH.



Sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim ke 9 (AF9) pada tahun ini. Progran Akademi Fantasia musim ke 9 ini merupakan program terakhir untuk rancangan yang diminati ramai. Diharap untuk Musim terakhir ini, rancangan ini akan dapat melahirkan penyanyi yang mantap sebagai penutup. Apa pendapat anda tentang AZNIL? Kami sokong AZNIL

AIS KRIM BABY GAGA DARI SUSU BADAN CETUS KONTROVERSI BIKIN LADY GAGA ANGIN





Kami terbaca artikel mengatakan LADY GAGA akan menyaman sebuah Syarikat membuat Ais Krim iaitu THE ICECREAMISTS gara-gara Syarikat ini telah membuat dan memperkenalkan satu produk yang diberi nama BABY GAGA. Ais Cream BABY GAGA ini yang diperbuat dari Susu badan berperisa Vanila telah mencetus kontroversi kerana LADY GAGA berpendapat ia umpama mencuri Identiti Artis ini.


Namun bagi pemilik Syarikat membuat Ais Cream ini,  beliau beranggapan tuduhan dari LADY GAGA adalah satu tuduhan yang mengarut. Beliau percaya saman dari LADY GAGA akan menemui kegagalan kerana pihak mereka telah cuba mendapat perlindungan untuk menguna nama tersebut. Maklumat juga melaporkan 200 wanita telah menderma susu mereka untuk Ais Cream Kontroversi ini.

SYARIKAT YANG BAKAL DISAMAN LAY GAGA

PELAYAN ICECREAMIST YANG MENGENAKAN PAKAIAN ALA LADY GAGA

Sama-samalah kita nantikan keputusan saman ini nanti sama ada LADY GAGA bakal memenangi Kes Saman ini atau tidak. Macam-macam..

Ahad, 6 Mac 2011

QI DAN YUNA SAH ADA HUBUNGAN? TAHNIAH





Tahniah kami ucapan kepada QI dan YUNA akhirnya telah mengesahkan yang mereka ada ikatan. Ini diperolehi dari maklumat melalui Status di Facebook QI yang telah dikemaskini oleh Qi Razali. Maklumat ini diperolehi melalui blog BEAUTIFULNARA. Diharap pasangan ini terus bersama sehingga ke jinjing pelamin.


Honestly kami suka dengan Qi yang cukup peramah. Yuna tak pasti kerana kami belum lagi berjumpa dengan beliau tetapi kami pernah berjumpa dengan QI dan memang kami tidak sangka beliau begitu peramah sekali. Tahniah sekali lagi dari kami kepAda kedua pasangan ini dan diharap berkekalan hendaknya.

Sabtu, 5 Mac 2011

RYAN CHONG NAFI KELUARGA INGIN HANCURKAN KERJAYA DAPHNE IKING @ DAHLIA ELEANOR IKING





Kami sedih dengan apa yang diberitakan ini. Kes masih lagi berjalan dan satu persatu perkara yang mengejutkan keluar. Perbicaraan Ryan Chong dalam kes saman peribadi Ryan terhadap bekas Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming cukup mengejutkan sekira ia benar berlaku iaitu ibu bapa Ryan nekad untuk menghancurkan karier pelakon dan pengacara Dahlia Eleanor selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.


Namun segalanya dinafikan oleh Ryan.Disamping itu beliau (Ryan) juga menafikan kenyataan beliau ada memberitahu Daphne bahawa ibu bapanya telah melantik seorang peguam jenayah yang paling mahal dan mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, yang juga bekas Pendakwa Raya bagi memastikan Daphne dan lelaki terbabit dihukum. Memang kejamlah sekira apa yang dikatakan benar belaka. Tapi ia telah dinafikan oleh Ryan.

Walau apa pun keputusannya nanti. Kami tetap menyokong Dahlia @ Daphne Iking. Semoga kemenangan berpihak kepada Dahlia Eleanor @ Daphne Iking. Diharap beliau dan Suami beliau Azmi Abdul Rahman @ Joe tabah dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

KAMI SOKONG DAHLIA ELEANOR @ DAPHNE IKING

Jumaat, 4 Mac 2011

NAMA ANAK PEREMPUAN MULAN JAMEELA SYAFIYA





Akhirnya gosip yang selama ini mengenai Mulan Jameela,isteri kepada penyanyi Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, melahirkan anak terbukti cerita yang benar. Dari apa yang kami terbaca beliau telah selamat melahirkan anak perempuan pada 27 Februari 2011 yang telah diberi nama Syafiya.


Tahniah dari Kami atas kelahiran ini. Hanya pengesahan dari Pasangan ini sahaja dinanti untuk mengesahkan apa yang diberitakan adalah betul.Apa jua kontroversi pasangan ini diharap mereka dapat memberi penjelasan kepada peminat agar tidak menjadi bahan cerita yang kurang menyenangkan.

Khamis, 3 Mac 2011

ANUAR ZAIN SANGGUP DI CIUM PEMINAT?





Kami agak kurang selesa dengan kenyataan dari penyanyi yang diminati ramai terutama  dari peminat wanita yang tak kira umur iaitu ANUAR ZAIN bila ditanya berhubung reaksi peminat yang teruja sehingga sanggup memeluk, mencium dirinya pada acara Minggu Setiausaha seperti apa yang berlaku pada tahun lalu. Jawapan yang kami rasa tak sesuai bila ditanya mengenainya untuk minggu setiausaha tahun ini. Diharap peminat-peminat menjaga maruah dari memalukan diri sendiri.


"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka,"

"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,"  Kenyataan Anuar Zain bila ditanya

Kali ini ANUAR ZAIN bakal mengadakan persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan. Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku seperti mana yang pernah terjadi tahun lepas? Diharap peminat-peminat ANUAR ZAIN sedar-sedarlah jangan melampaui batas dan jangan lupa tentang DOSA. Di dunia kita nampak semuanya tak apa tapi diakhirat nanti jawaplah sendiri. Apa pendapat anda tentang peminat ANUAR ZAIN ini?

Rabu, 2 Mac 2011

PROTEGE MENTOR 5 TELAH DIUMUMKAN





Nampaknya ada sesuatu yang menarik pada program realiti TV MENTOR 5 pada kali ini. Seperti ramai yang telah ketahui,kali ini enam peserta bersama mentor mereka masing-masing bakal berentap. Apa yang kami dapat katakan adalah,saingan begitu sengit. Masing-masing memiliki Mentor yang cukup mantap. Diharap pada kali ini protege memiliki kualiti yang terbaik hasil dari MENTOR 5.

SHIHA, RATNAH, AIMAN, AYISH, IQA DAN SALMA - KREDIT BEAUTIFULNARA

Enam peserta bersama MENTOR mereka yang telah terpilih adalah Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).Mungkinkah kali ini MENTOR 5 bakal menyengat? Sama-sama kita saksikan MENTOR 5 yang bakal ke udara pada 6 Mac 2011 di TV3. Pilihan kami belum pasti lagi.

PENYANYI DEWA 19 AHMAD DHANI PUKUL WARTAWAN





Baru terbaca kisah hangat ini iaitu penyanyi kumpulan dewa AHMAD DHANI dikatakan telah melakukan kekerasan dan mencederakan seorang  wartawan dari Global TV Indonesia. Wartawan tersebut dikatakan sedang membuat liputan sekitar kawasan rumah Mulan Jameela. Namun sekumpulan lelaki datang dan cuba merampas video wartawan tersebut yang diketuai oleh Ahmad Dhani.


Selain dari Pita Video beliau juga turut merampas kunci kereta wartawan tersebut. Ini menyebabkan berlakunya pertikaman lidah. Wartawan tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Kebayoran lama, Jakarta Selatan. Mungkin ada perbincangan antara wartawan tersebut dengan Ahmad Dhani, maka perkara ini diselesaikan secara baik.

Apa pendapat anda? Adakah tindakan Ahmad Dhani ini wajar atau tidak? Bagi kami mungkin tindakan wartawan tersebut sudah melanggar hak peribadi Ahmad Dhani maka sesiapa pun pasti marah dibuat sebegini. Bagilah ruang kebebasan untuk A.hmad Dhani. Mungkin tekanan dari pihak media membuat Ahmad Dhani bertindak sedemikian rupa.

Selasa, 1 Mac 2011

JUSTIN BIEBER BERSAMA KEKASIH BELIAU?





Pasangan yang secocok rasanya. Pasti ramai peminat Justin Bieber akan kecewa kerana khabar angin mengatakan Justin Bieber mempunyai hubungan dengan Selena Gomez. Sebelum ini juga pernah dengar cerita Justin Bierber sanggup memborong habis bunga di kedai untuk diberikan kepada Selena Gomez sempena hari kekasih pada 14hb Februari lalu.




Kali ini pasangan ini telah menghadiri Vanity Fair's Oscar bersama. Adakah pasangan ini sedang bercinta? Apakah pandangan anda mengenai pasangan ini? Bagi kami mereka terlalu muda untuk bercinta. Seeloknya biarlah teruskan perjalanan sebagai penyanyi yang hebat dahulu kemudia baru memikirkan nak berkasih atau tidak. Namun kalau dah kaya nak buat macamana. Harap mereka bahagia kalau masing-masing dah suka.