Khamis, 24 Mac 2011

WAN HUZAIRIL MENGAKU SILAP KES BAJU MIERA LIYANA





Wan Huzairil Pereka fesyen yang telah mereka cipta pakaian yang cukup kontroversi yang digunakan oleh Miera Liyana untuk Majlis Makan Malam Golden Gala anjuran barangan kemas, Rafflesia & Mandala, di Hotel Le Meridien telah menerima segala kesilapan yang telah terjadi dan beliau mengaku bahawa ia adalah salah beliau.


Pakaian kuning keemasan yang telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudara. Memang rekaan agak keterlaluan pada pandangan kami. Wan huziril mengambil segala kritikan yang dilempar sebagai pengajaran buat beliau agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Kami pasti beliau pun  tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Setiap manusia tidak lepas dari segala kesilapan dan rasanya perkara ini menjadi pengajaran kepada beliau agar lebih perihatin dan berhati-hati agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali. Perkara sebegini juga diharap dapat dijadikan pengajaran kepada artis-artis lain juga pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan