Selasa, 15 Mac 2011

SITI NORSAIDA @ SAIDA NAK BERCERAI, SUAMI TAKNAK?





Saida nak cerai, suami tak setuju? Permohonan Saida iaitu kakak kepada penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza untuk berpisah secara baik dengan suami beliau Mohd Ghazali Yahya Zikri belum dapat diputuskan lagi yang mana permohonan asal adalah bercerai secara Fasakh.


Menurut Saida lagi mereka masih tinggal serumah dan beliau ada cuba berbincang dengan suami beliau namun suami beliau tidak bersetuju.Menurut beliau mereka sudah tiada persefahaman dan perbalahan mereka tidak boleh dipulihkan. Sampai macam tu sekali?

Kami Setuju dengan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi yang menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka.Apa yang diperkatakan adalah betul. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bukan hanya untuk Keluarga tetapi fikirkan tentang anak-anak mereka yang telah besar. Salah langkah akan mengakibatkan sesalan sepanjang hayat. Jadi fikir-fikirkan hendaknya sebelum membuat keputusan.Kami doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan jalan terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan