Kami agak kurang selesa dengan kenyataan dari penyanyi yang diminati ramai terutama dari peminat wanita yang tak kira umur iaitu ANUAR ZAIN bila ditanya berhubung reaksi peminat yang teruja sehingga sanggup memeluk, mencium dirinya pada acara Minggu Setiausaha seperti apa yang berlaku pada tahun lalu. Jawapan yang kami rasa tak sesuai bila ditanya mengenainya untuk minggu setiausaha tahun ini. Diharap peminat-peminat menjaga maruah dari memalukan diri sendiri.
"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka,"
"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," Kenyataan Anuar Zain bila ditanya
Kali ini ANUAR ZAIN bakal mengadakan persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan. Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku seperti mana yang pernah terjadi tahun lepas? Diharap peminat-peminat ANUAR ZAIN sedar-sedarlah jangan melampaui batas dan jangan lupa tentang DOSA. Di dunia kita nampak semuanya tak apa tapi diakhirat nanti jawaplah sendiri. Apa pendapat anda tentang peminat ANUAR ZAIN ini?
yer betul tu, tidak kira tua atau muda seseorang tu, kita kena beringat akan batas pergaulan kita ...
BalasPadamSebagai penyanyi yang profesional harap beliau jaga tatasusila sebagai orang timur yang kaya dengan sopan santun
BalasPadam