Rabu, 2 Mac 2011

PROTEGE MENTOR 5 TELAH DIUMUMKAN





Nampaknya ada sesuatu yang menarik pada program realiti TV MENTOR 5 pada kali ini. Seperti ramai yang telah ketahui,kali ini enam peserta bersama mentor mereka masing-masing bakal berentap. Apa yang kami dapat katakan adalah,saingan begitu sengit. Masing-masing memiliki Mentor yang cukup mantap. Diharap pada kali ini protege memiliki kualiti yang terbaik hasil dari MENTOR 5.

SHIHA, RATNAH, AIMAN, AYISH, IQA DAN SALMA - KREDIT BEAUTIFULNARA

Enam peserta bersama MENTOR mereka yang telah terpilih adalah Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).Mungkinkah kali ini MENTOR 5 bakal menyengat? Sama-sama kita saksikan MENTOR 5 yang bakal ke udara pada 6 Mac 2011 di TV3. Pilihan kami belum pasti lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan