Isnin, 28 Mac 2011

PELAKON ZUL HUZAIMY BERCERAI TALAK DUA





Lagi mengenai kisah artis bercerai. Kali ini artis iaitu pelakon yang dikenali ramai Zul Huzaimy, 33 yang telah bercerai talak dua dan ini telah disahkan oleh isteri beliau Nor Dalilah Muhammad, 29. Konflik dah lama kedengaran cuma tiada pengesahan dibuat sehinggalah ke hari ini.


Namun segala pertemuan dan jodoh telah takdirkan begitulah juga dengan pasangan ini. Apa yang kami cukup hormati dengan pasangan ini adalah cara perpisahan yang berlangsung dengan aman dan damai atas dasar masing-masing telah berbincang secara baik.

Apa yang diharapkan agar Zul Huzaimy terus memberi perhatian kepada keluarga beliau ini terutama anak beliau Awal Haziq, 5. Kesian anak masih kecil memerlukan kasih sayang dari seorang ayah. Diharap beliau jangan abaikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan