Jumaat, 18 Mac 2011

SUAMI TAK HORMAT ARWAH BAPA PUNCA SAIDA MINTA CERAI





Dengar cerita gara-gara tidak hormat Arwah Bapa Saida minta cerai dari suami beliau. Inilah yang kami terbaca bila pasangan ini menghadiri prosiding sebutan kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini. Selain daripada itu Saida juga memaklumkan bahawa sikap suami beliau yang mengongkong kerjaya beliau membuat beliau sakit hati.


Namun bagi Mohd Ghazali pula beliau cuba menyelamatkan perkahwinan yang telah dibina sejak 15 tahun dahulu dan memberitahu bahawa beliau masih sayangkan isteri dan anak-anak beliau dan pelbagai usaha telah diambil termasuk menghadiri sesi kaunseling secara sebelah pihak. Namun Hakim menyarankan agar Sesi Kaunseling kedua belah pihak perlu dilakukan.

Apa yang diharapkan agar kedua pasangan ini dapat menyelesaikan masalah perhubungan mereka ini dengan bijaksana demi kepentingan anak-anak mereka. Hapuskanlah segala yang buruk dan berbincang secara elok. Mungkin dengan ini dapat menyelesaikan kemelut yang melanda rumahtangga mereka. Dah adat rumahtangga buang yang keruh ambil yang jernih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan