Isnin, 21 Mac 2011

PAKAIAN MELAMPAU MIERA LEYANA KETERLALUAN, BELIAU MOHON MAAF





Rasa-rasanya Hangat diperkatakan tentang artis ini iaitu Miera Leyana. Apa taknya Pakaian yang cukup membuat orang menjeling sehingga berpuluh kali rasanya. Kerana inginkan kelainan dan tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil menyebabkan beliau nampak lain macam dengan pakaian yang membuat mata sesiapa sahaja terbeliak.

MIERA LEYANA

Beliau sendiri mengaku memilih pakaian tersebut dan sanggup menerima teguran dari orang ramai dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini pada masa akan datang. Tapi kami kurang puas hati dengan kata-kata beliau ini..

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”

Rasa-rasanya kalau pakai Tiub basikal pun ok juga rasanya. Nampak tertutuplah jugak. Diharap apa yang beliau katakan iaitu beliau berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama akan dikotakan. Jangan sehingga orang memandang rendah keperibadian beliau di tahap serendah-rendahnya pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan