Selasa, 26 April 2011

MAYA KARIN KENA LACUR BAPA SAUDARA SENDIRI?





Maya Karin kena Lacur oleh Bapa Saudara. Terperanjat bila terbaca dalam sebuah portal online mengenai artis ini yang dikatakan telah dilacur oleh bapa saudara beliau sendiri serta terpaksa berdepan dengan macam-macam dugaan dalam kehidupan dan cinta. Pasti tajuk ini mengambarkan sesuatu yang cukup menarik untuk ditonton.


Sebenarnya Kisah Maya Karin dilacur oleh Bapa Saudara beliau sendiri merupakan watak yang dilakonkan oleh Maya Karin untuk filem terbaru beliau iaitu OMBAK RINDU.Kisah yang diadaptasi dari Novel penulis FAUZIAH Ashari. Walaupun watak yang dibawa oleh Maya karin agak berat namun beliau gembira dapat melakonkan watak ini.

Sebelum itu beliau telah mengambil Inisiatif dengan memanggil ustazah untuk mendalami watak gadis yang bernama izzah untuk mempelajari dan mendalami ilmu tentang agama dan budaya dalam memantapkan lakonan beliau. Kami harap Semoga Filem lakonan beliau ini dapat memberi kesan yang mendalami kepada penonton yang menonton nanti.

Para pelakon selain Maya karin yang menjayakan filem ini adalah Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Isnin, 25 April 2011

ASHRAF MUSLIM PILIH MEKAH SEBAGAI TEMPAT PERNIKAHAN





Tahniah kami ucapkan kepada Pasangan Ashraf Muslim dan tunang beliau Noor Dayana Lokman yang telah mengikat tali pertunangan pada 23hb April 2011 lepas. Pertunangan yang telah disiarkan secara langung melalui rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi. Pada hari yang sama iaitu sebelah petang pula Majlis Perasmian Pusat Perubatan Al-Hidayah milik Ashraf dan rakan kongsi beliau telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.



Dalam majlis pertunangan ini Ashraf telah mewakili ibu saudaranya untuk menyarung cincin ke jari manis Dayana. Pasangan ini dijangka melangsungkan pernikahan pada 1 SYAWAL depan dan dengar cerita lokasi pernikahan pasangan ini adalah di MEKAH setelah mendapat persetujuan di kedua belah pihak keluarga mereka. Kami doakan dan berharap pasangan ini sentiasa bahagia dan diberkati hubungan mereka ini

Isnin, 18 April 2011

ASHRAF MUSLIM BERTUNANG 23 APRIL 2011 DAN BERKAHWIN TAHUN INI





Pelakon ASHRAF MUSLIM 30 yang popular dengan watak sebagai USTAZ dalam drama USTAZ AMIRUL bakal bertunang dengan seorang wanita berusia 24 tahun pada 24 April ini. Siapakah gadis yang berjaya menambat hati beliau bagaimanapun tidak diketahui namanya namun beliau kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang doktor disebuah Hospital di Melaka.


Terbaca maklumat mengatakan pada hari yang sama selesai majlis pertunangan beliau akan mengadakan Majlis merasmikan Klinik beliau iaitu Pusat Perubatan Isalm Al-Hidayah di Gombak kira-kira pukul 12,00 tengah hari dan dijangka Klinik tersebut akan dirasmikan oelh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Majlis pertunangan beliau akan dibuat secara langsung oleh TV9 pada hari pertunangan dan perasmian Klinik beliau pada hari itu. Mengikut beliau kemungkinan Majlis Perkahwinan akan diadakan pada tahun ini juga. Tahniah kepada ASHRAF MUSLIM semoga jodoh beliau berkekalan keakhir hayat hendaknya.

Selasa, 12 April 2011

AMENG SPRING DIPENJARA 8 TAHUN





Akhirnya keputusan hukuman terhadap Penyanyi Rock yang cukup dikenali iaitu AMENG Spring telah dijatuhkan. Ameng telah dijatuhkan hukuman Penjara selama 8 Tahun dan 10 kali sebatan dan dua tahun didalam pengawasan polis setelah beliau mengaku bersalah terhadap tiga kesalahan dadah hari ini.


Diharap ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua artis yang masih berkecimpung dalam arena mengamalkan dadah sebagai sebahagian dari kehidupan mereka. Sayang sekali. Suara dahlah sedap dan lagu memang mengancam. Diharap beliau mendapat ikhtibar dari apa yang terjadi dan Insaf bila keluar dari penjara nanti.

Isnin, 4 April 2011

TAHNIAH KEPADA PELAKON SABRINA ALI ATAS PERKAHWINAN





Tahniah kepada pelakon SABRINA ALI 31 yang telah mengesahkan bahawa beliau telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan beliau iaitu Syed Amir Syed Ahmad 29. Menurut maklumat mereka telah bernikah pada awal tahun 2011 dalam satu Majlis tertutup.


Perkenalan pada Majlis hari Jadi kakak angkat beliau telah menemukan beliau dengan suami beliau. Beliau juga memberitahu yang Syed Amir dapat menerima anak beliau yang terhasil dengan bekas suami beliau dahulu iaitu Shahrin Mohd Abdul Halim.

Mungkin banyak persoalan dari pemerhati seni kenapa beliau menyembunyikan perkara elok ini dari pengetahuan umum. Mesti ada alasan beliau tersendiri kut. Walau apa pun rahsia disebalik perkahwinan beliau itu adalah hak beliau. Tahniah sekali lagi kerana beliau telah mengandung dua bulan.