Selasa, 27 September 2011

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Semasa Album Launching & SimplySiti Open House di Starhill Gallery Shook Restaurant





Semalam telah dengan secara rasminya Album English terbaru Datuk Siti Nurhaliza iaitu Album ALL YOUR LOVE telah dilancarkan di Starhill Gallery Shook Restaurant. Album yang memuatkan lagu Kolabrasi dengan Penyanyi Antarabangsa iaitu Sean Kingston pasti akan diminati oleh pendengar disebabkan pembaharuan yang dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.


Album yang dikendalikan dibawah Label What's Up Entertainment yang diketuai oleh Adib Khalid iaitu anak Datuk Khalid sendiri dan Bryan B selaku  Produser pastinya cukup menarik . Dari apa yang didengar melalui CD Datuk Siti Nurhaliza ini, tidak mustahil Album ini boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Dibawah adalah Gambar Pose menarik dari Datuk Siti Nurhaliza Kredit HILAL AZMI.


Album All Your Love ini telah berada dipasaran sejak 22hb September dan dijual pada harga RM29.90 dan diedarkan oleh pihak Warner Music Malaysia. Ingin melihat gambar Datuk Siti Nurhaliza lagi. Anda boleh melihat selebihnya di FB JAIRAMLEE

Khamis, 15 September 2011

Gambar Sekitar Rakaman Video Klip Falling In Love dari Datuk Siti Nurhaliza





Gambar sekitar pembikinan Video Klip Datuk Siti Nurhaliza Falling In Love. Kalau sebelum ini, gambar yang Datuk Siti Nurhaliza memakai baju oren, kali ini Datuk Siti Nurhaliza memakai baju ungu pulak. Gambar sesi pengambaran sebenar Video Klip Falling In Love khas buat peminat Datuk Siti Nurhaliza.


Setelah berkali-kali TAKE, gambar diatas adalah sebahagian daripada rakaman untuk Video Klip terbaru dari  Datuk Siti Nurhaliza. Dari segi persembahan untuk Video ini, apa yang dapat dikomenkan adalah, Datuk Siti sememangnya seorang DIVA. Persembahan yang cukup menarik jadi tunggulah Video Klip English Datuk Siti Nurhaliza yang diberitakan akan dikeluarkan sikit hari lagi

Rabu, 14 September 2011

Marsha Londoh Spekulasi Bunuh Diri





Berita mengenai desas desus penyanyi Marsha Londoh pastinya menarik perhatian ramai peminat. Yelah heboh mengenai gosip dan spekulasi mengatakan yang beliau cuba membunuh diri. Pastinya akan menjadi persoalan sama ada ianya benar-benar cubaan bunuh diri atau sekadar spekulasi sahaja.


Kenyataan telah dibuat oleh Pihak Pengurusan Marsha Londoh Entertainment kepada pihak Mstar Online Jadi pandai-pandailah anda semua meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan. Masih ternanti-nantikan sidang media dari Marsha sendiri untuk menjelaskan keadaan yang telah berlaku.

Perlukah kita membuat spekulasi bila adakalanya spekulasi kadang-kadang ada juga kebenarannya? Diharap Marsha londoh kembali pulih seperti sediakala hendaknya dan diharap spekulasi mengenai kes membunuh diri ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Selasa, 13 September 2011

Shah Jaszle Mengaku bercinta dengan Miera Liyana





Nampaknya Percintaan Shah Jazle dan Miera Liyana dah diketahui umum.Ini telah diakui sendiri oleh Miera Liyana dimana beliau sendiri tidak menduga akan bercinta dengan aktor Shah Jaszle. Begitu juga Shah Jaszle mengakui berita mengenai percintaan mereka. Pelakon yang pernah dilanda kontroversi terdahulu yang telah mengayakan baju yang menjolok mata akhirnya telah bercinta dengan artis yang juga tak lepas dari gosip iaitu Shah Jazle.


Ramai yang dah mengetahui kisah Shah Jaszle dengan Maria Farida dan kemudian Neelofa. Harap-harap kali ni takde lagi kontroversi yang melanda. Apa-apa pun tunggu dan lihat jelah hubungan pasangan mereka berdua ini sama ada dapat bertahan atau terus ke jinjing pelamin. Ada yang tak puas hati dengan hubungan mereka berdua nie ke?

Mini Cooper S Milik Datuk Siti Nurhaliza Membuat mata sesiapa sahaja menjeling





Warna Merah dan Putih dengan Plat KCT 1 menjadi pilihan. Mini Cooper milik Datuk Siti Nurhaliza buat tatapan peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza.Memang padan dengan Datuk Siti Nurhaliza Sebagai artis yang ternama. Jangan ada yang dengki pulak yer bila melihat kereta Datuk Siti Nurhaliza ni. Rezeki Masing-masing.


Agak-agak berapalah nilai Kereta Datuk Siti Nurhaliza nie. Harga kereta satu hal, Harga Nombor pendaftaran kenderaan satu hal.Dari anggaran harga kenderaan dan juga nombor pendaftaran boleh beli sebijik banglo yang besar punya. Apa-apa pun beliau selayaknya menggunakan kenderaan ini kerana ia bersesuaian  dengan status beliau sebagai seorang Diva.