Selasa, 27 September 2011

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Semasa Album Launching & SimplySiti Open House di Starhill Gallery Shook Restaurant





Semalam telah dengan secara rasminya Album English terbaru Datuk Siti Nurhaliza iaitu Album ALL YOUR LOVE telah dilancarkan di Starhill Gallery Shook Restaurant. Album yang memuatkan lagu Kolabrasi dengan Penyanyi Antarabangsa iaitu Sean Kingston pasti akan diminati oleh pendengar disebabkan pembaharuan yang dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.


Album yang dikendalikan dibawah Label What's Up Entertainment yang diketuai oleh Adib Khalid iaitu anak Datuk Khalid sendiri dan Bryan B selaku  Produser pastinya cukup menarik . Dari apa yang didengar melalui CD Datuk Siti Nurhaliza ini, tidak mustahil Album ini boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Dibawah adalah Gambar Pose menarik dari Datuk Siti Nurhaliza Kredit HILAL AZMI.


Album All Your Love ini telah berada dipasaran sejak 22hb September dan dijual pada harga RM29.90 dan diedarkan oleh pihak Warner Music Malaysia. Ingin melihat gambar Datuk Siti Nurhaliza lagi. Anda boleh melihat selebihnya di FB JAIRAMLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan