Memaparkan catatan dengan label DATO' SITI NURHALIZA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DATO' SITI NURHALIZA. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2011

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Semasa Album Launching & SimplySiti Open House di Starhill Gallery Shook Restaurant





Semalam telah dengan secara rasminya Album English terbaru Datuk Siti Nurhaliza iaitu Album ALL YOUR LOVE telah dilancarkan di Starhill Gallery Shook Restaurant. Album yang memuatkan lagu Kolabrasi dengan Penyanyi Antarabangsa iaitu Sean Kingston pasti akan diminati oleh pendengar disebabkan pembaharuan yang dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.


Album yang dikendalikan dibawah Label What's Up Entertainment yang diketuai oleh Adib Khalid iaitu anak Datuk Khalid sendiri dan Bryan B selaku  Produser pastinya cukup menarik . Dari apa yang didengar melalui CD Datuk Siti Nurhaliza ini, tidak mustahil Album ini boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Dibawah adalah Gambar Pose menarik dari Datuk Siti Nurhaliza Kredit HILAL AZMI.


Album All Your Love ini telah berada dipasaran sejak 22hb September dan dijual pada harga RM29.90 dan diedarkan oleh pihak Warner Music Malaysia. Ingin melihat gambar Datuk Siti Nurhaliza lagi. Anda boleh melihat selebihnya di FB JAIRAMLEE

Khamis, 15 September 2011

Gambar Sekitar Rakaman Video Klip Falling In Love dari Datuk Siti Nurhaliza





Gambar sekitar pembikinan Video Klip Datuk Siti Nurhaliza Falling In Love. Kalau sebelum ini, gambar yang Datuk Siti Nurhaliza memakai baju oren, kali ini Datuk Siti Nurhaliza memakai baju ungu pulak. Gambar sesi pengambaran sebenar Video Klip Falling In Love khas buat peminat Datuk Siti Nurhaliza.


Setelah berkali-kali TAKE, gambar diatas adalah sebahagian daripada rakaman untuk Video Klip terbaru dari  Datuk Siti Nurhaliza. Dari segi persembahan untuk Video ini, apa yang dapat dikomenkan adalah, Datuk Siti sememangnya seorang DIVA. Persembahan yang cukup menarik jadi tunggulah Video Klip English Datuk Siti Nurhaliza yang diberitakan akan dikeluarkan sikit hari lagi

Selasa, 13 September 2011

Mini Cooper S Milik Datuk Siti Nurhaliza Membuat mata sesiapa sahaja menjeling





Warna Merah dan Putih dengan Plat KCT 1 menjadi pilihan. Mini Cooper milik Datuk Siti Nurhaliza buat tatapan peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza.Memang padan dengan Datuk Siti Nurhaliza Sebagai artis yang ternama. Jangan ada yang dengki pulak yer bila melihat kereta Datuk Siti Nurhaliza ni. Rezeki Masing-masing.


Agak-agak berapalah nilai Kereta Datuk Siti Nurhaliza nie. Harga kereta satu hal, Harga Nombor pendaftaran kenderaan satu hal.Dari anggaran harga kenderaan dan juga nombor pendaftaran boleh beli sebijik banglo yang besar punya. Apa-apa pun beliau selayaknya menggunakan kenderaan ini kerana ia bersesuaian  dengan status beliau sebagai seorang Diva.

Pembikinan Video Klip Fallin In Love oleh Datuk Siti Nurhaliza





Sesi pengambaran Video Klip untuk Album English Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya dilangsungkan di Sekitar Pavillion Semalam. Sesi Pengambaran yang dipenuhi dengan penari yang terdiri dari penari professional dan juga penari yang terdiri daripada follower FB Datuk Siti Nurhaliza. Aksi Datuk Siti Nurhaliza sempat dirakam ketika membuat persembahan untuk Video Klip ini.

 
 
 
 
 


Keseluruhan pengambaran cukup menghiburkan.Lagu ciptaan Brian B ini cukup menarik sekali setelah didengari berulangkali. Dengan pembikinan Video Klip ini sudah pasti akan melonjakkan populariti lagu Fallin In Love ini.Pelancaran Album secara tidak rasmi dengar cerita bakal dilancarkan pada 25hb September 2011. Jadi kepada peminat Datuk Siti Nurhaliza nantikan kelahiran Album English dari beliau.

Isnin, 11 Julai 2011

MALAM GALA SIMPLYSITI 2011 | DEWAN AGUNG UiTM SHAH ALAM





Majlis Malam Gala SimplySiti 2011 berlangsung di Dewan Agung UiTM Kolabrasi UiTM dengan SimplySiti. Persembahan menarik telah disajikan dari Para Pelajar UiTM, Dato' Siti Nurhaliza dan Penyanyi jemputan. Antara gambar yang sempat dirakamkan pada Malam tersebut.

 DATO' SITI NURHALIZA DIAWAL PERSEMBAHAN

Gimik Pembukaan persembahan cukup menarik dimana Dato' Siti Nurhaliza telah menunggang Motosikal yang dipandu oleh Datuk K. Pengacara Majlis pada malam itu adalah Faizal Ismail @ FBI.

  DATO' SITI NURHALIZA SERBA BIRU

DUET DATO' SITI NURHALIZA DENGAN AIZAT

 PENYANYI JEMPUTAN ANA RAFFALI

 ROCKERS SEJATI AMY SEARCH

PENYANYI JEMPUTAN AIZAT

FARAH FAUZANA DAN ZIZI YANG TURUT HADIR

FAZREEN RAFI (PELAKON SPA Q) DAN ISTERI

Keseluruhan Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Penghargaan dari SIMPLYSITI melalui Malam Gala SIMPLYSITI cukup bermakna buat peminat-peminat Dato' SITI NURHALIZA dan apa yang pasti sokongan terhadap Dato' SITI NURHALIZA dan SIMPLYSITI pastinya akan berterusan.




Rabu, 23 Mac 2011

JELINGAN TAJAM DATUK SITI TAMBAH MENAWAN DENGAN TUDUNG LITUP





Datuk Siti Nurhaliza bertudung litup So Sweet. Memang pada pandangan kami kalau Datuk Siti Nurhaliza teruskan dengan bertudung konsep sebegini pasti peminat-peminat beliau suka. Dahlah menawan dan cantik, manis pulak tu. Gambar diperolehi melalui tweet beliau kat Follower beliau. Memang menawan sekali.


Nampak macam wajah keibuan pulak rasanya. Rasanya elok juga kalau Datuk Siti Nurhaliza terus kekal dengan konsep menggunakan tudung sebegini sebab lagi terserlah kejelitaan beliau. Datuk Khalid pun rasanya mesti suka dengan fesyen terbaru Datuk Siti Nurhaliza nie. Apa pendapat anda? Setuju dengan kami?

Isnin, 28 Februari 2011

GAMBAR DATO' SITI NURHALIZA | SIMPLY BEAUTY WORKSHOP





Pada 26 Februari 2011 telah berlangsung di DE PALMA HOTEL Shah Alam Simply Beauty Workshop  anjuran Simply Siti Sdn Bhd . Kami telah menerima jemputan ke Majlis tersebut yang juga dihadiri oleh Dato' Siti Nurhaliza dan Suami beliau Datuk K. Sesi bermula dari pukul 8.30 sehingga 6.00 petang. Akitivi mengenai Solekan, Fashion dan Talk telah dijalankan sepanjang Workshop ini.




Disini kami ingin kongsikan beberapa gambar Dato' Siti Nurhaliza buat tatapan peminat beliau. Memang terserlah wajah menawan Dato' Siti dengan solekan yang amat minimal sekali. Memang sesuai dengan nama Syarikat Simply Siti, Dato' Siti memang simple. Turut sama pada Workshop kali ini adalah Nurul Shukor, Ustazah Nor Bahyah (Semanis Kurma) dan Rizman Ruzaini