Selasa, 26 April 2011

MAYA KARIN KENA LACUR BAPA SAUDARA SENDIRI?





Maya Karin kena Lacur oleh Bapa Saudara. Terperanjat bila terbaca dalam sebuah portal online mengenai artis ini yang dikatakan telah dilacur oleh bapa saudara beliau sendiri serta terpaksa berdepan dengan macam-macam dugaan dalam kehidupan dan cinta. Pasti tajuk ini mengambarkan sesuatu yang cukup menarik untuk ditonton.


Sebenarnya Kisah Maya Karin dilacur oleh Bapa Saudara beliau sendiri merupakan watak yang dilakonkan oleh Maya Karin untuk filem terbaru beliau iaitu OMBAK RINDU.Kisah yang diadaptasi dari Novel penulis FAUZIAH Ashari. Walaupun watak yang dibawa oleh Maya karin agak berat namun beliau gembira dapat melakonkan watak ini.

Sebelum itu beliau telah mengambil Inisiatif dengan memanggil ustazah untuk mendalami watak gadis yang bernama izzah untuk mempelajari dan mendalami ilmu tentang agama dan budaya dalam memantapkan lakonan beliau. Kami harap Semoga Filem lakonan beliau ini dapat memberi kesan yang mendalami kepada penonton yang menonton nanti.

Para pelakon selain Maya karin yang menjayakan filem ini adalah Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan