Isnin, 18 April 2011

ASHRAF MUSLIM BERTUNANG 23 APRIL 2011 DAN BERKAHWIN TAHUN INI





Pelakon ASHRAF MUSLIM 30 yang popular dengan watak sebagai USTAZ dalam drama USTAZ AMIRUL bakal bertunang dengan seorang wanita berusia 24 tahun pada 24 April ini. Siapakah gadis yang berjaya menambat hati beliau bagaimanapun tidak diketahui namanya namun beliau kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang doktor disebuah Hospital di Melaka.


Terbaca maklumat mengatakan pada hari yang sama selesai majlis pertunangan beliau akan mengadakan Majlis merasmikan Klinik beliau iaitu Pusat Perubatan Isalm Al-Hidayah di Gombak kira-kira pukul 12,00 tengah hari dan dijangka Klinik tersebut akan dirasmikan oelh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Majlis pertunangan beliau akan dibuat secara langsung oleh TV9 pada hari pertunangan dan perasmian Klinik beliau pada hari itu. Mengikut beliau kemungkinan Majlis Perkahwinan akan diadakan pada tahun ini juga. Tahniah kepada ASHRAF MUSLIM semoga jodoh beliau berkekalan keakhir hayat hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan