Isnin, 25 April 2011

ASHRAF MUSLIM PILIH MEKAH SEBAGAI TEMPAT PERNIKAHAN





Tahniah kami ucapkan kepada Pasangan Ashraf Muslim dan tunang beliau Noor Dayana Lokman yang telah mengikat tali pertunangan pada 23hb April 2011 lepas. Pertunangan yang telah disiarkan secara langung melalui rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi. Pada hari yang sama iaitu sebelah petang pula Majlis Perasmian Pusat Perubatan Al-Hidayah milik Ashraf dan rakan kongsi beliau telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.



Dalam majlis pertunangan ini Ashraf telah mewakili ibu saudaranya untuk menyarung cincin ke jari manis Dayana. Pasangan ini dijangka melangsungkan pernikahan pada 1 SYAWAL depan dan dengar cerita lokasi pernikahan pasangan ini adalah di MEKAH setelah mendapat persetujuan di kedua belah pihak keluarga mereka. Kami doakan dan berharap pasangan ini sentiasa bahagia dan diberkati hubungan mereka ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan