Sabtu, 19 Mac 2011

JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE LIMA





Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai MAN atas kejayaan beliau menjadi JUARA RAJA LAWAK MUSIM ke 5.Dengan itu beliau telah berjaya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan iaitu Hadiah berupa wang tunai RM100,000, Barangan Elektrik serta Trofi Sumbangan ASTRO.


Kumpulan R2 menjadi NAIB Juara yang membawa pulang Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000, barangan Elektrik dan juga Trofi manakala Kumpulan BALAS mendapat tempat ketiga dengan membawa Hadiah Wang Tunai berjumlah30,000.00,barangan Elektrik dan juga trofi. Seterusnya ketiga-tiga pemenang ini layak bertanding didalam Maharaja Lawak.

MAHARAJA LAWAK adalah sebuah rancangan yang mengumpul kesemua Finalis rancangan RAJA LAWAK dari musim pertama sehinggalah musim kelima. Pasti hebat rancangan ini nanti kerana para peserta mempunyai peminat mereka tersendiri dan yang pasti saingan pasti sengit kerana yang terbaik bakal berentap pada pertandingan ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan