Sabtu, 26 Mac 2011

MISHA OMAR MAHU JADI TAMAK?





MISHA OMAR MAHU JADI TAMAK terperanjat kami bila terbaca sebuah artikel dari sebuah portal online hiburan. Biar betul? Apa yang beliau tamakkan? Rupa-rupanya ini sekadar gimik mengenai MISHA OMAR.Tajuk tersebut mewakili kesibukan MISHA OMAR tahun ini dimana beliau mendapat  banyak tawaran untuk berlakon dan juga beliau sibuk dengan album kompilasi beliau yang berjudul DIA.


Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang boleh dikatakan tahun murah rezeki buat MISHA OMAR. Beliau juga bertegas yang beliau akan berlakon dan tak akan berehat buat sementara waktu kerana menurut beliau lagi apa yang dilakukannya itu juga merupakan pemintaan peminat. Nampaknya tahun ini seakan-akan MISHA OMAR akan berkerja keras sebagai artis.

Walau apapun yang beliau lakukan diharap beliau titikberatkan aspek kualiti bila berlakon mahupun Nyanyian. Jangan sekadar mengejar sesuatu sehingga terabai segalanya. Tapi kami yakin MISHA OMAR mampu melakukannya kerana beliau tampak bersemangat untuk terus berjaya dalam Industri Seni. Semoga beliau terus berjaya hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan