Ahad, 13 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA @ E-CURVE





Sabtu lepas Layan tengok Filem terbitan KRUSTUDIOS iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA atas tajaan BEAUTIFULNARA. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menaja tiket untuk menyaksikan Filem ini. Seramai lebih 100 orang telah ditaja oleh beliau untuk menyaksikan filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini.


Review untuk filem ini secara ikhlas , inilah antara Filem yang boleh pergi lebih jauh lagi sekiranya beberapa elemen penting dapat dimasukkan dalam filem ini. Teknik CGI agak kerap digunakan agak merimaskan namun ia tidaklah mencacatkan jalan cerita filem ini. Lokasi pengambaran sesuai dengan jalan cerita.

Sekiranya mereka menggunakan sepenuhnya lokasi yang cantik yang ada di Malaysia,tidak mustahil ramai penerbit filem pasti tertarik. Kisah berkisar kebanyakan disekitar tepi pantai dan diatas laut agak kurang menggunakan ruang yang ada diatas muka bumi. Tapi ia masih releven dengan jalan cerita.

Dari segi lakonan, Tabik kat Stephen Huges kerana telah berjaya membawa watak yang telah diberikan dengan bagus sekali. Penulisan skrip cukup menarik dengan penggunaan kata-kata kiasan. Musik yang mengiring jalan cerita iaitu sebagai musik latar menggunakan khidmat Okestra sememangnya terbaik.

Jalan cerita kalau diberi tumpuan sepenuhnya kepada Merong Mahawangsa sudah pasti akan dapat menyedarkan generasi muda untuk menghayati sejarah Merong Mahawangsa itu sendiri. Namun sikit sebanyak masyarakat dapat tahu kesudahan Hikayat Merong Mahawangsa melalui filem ini.

Bagi kami ia filem wajib tonton sekiranya anda peminat Filem yang bercorak EPIC. Sesuai untuk tontonan semua masyarakat kerana lebih 50 peratus bahasa yang digunakan dalam Bahasa English. Sekalung tahniah kepada KRUSTUDIOS dan MOSTI yang bekerjasama untuk menerbitkan filem yang menelan belanja kira-kira 8 Juta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan