Khamis, 17 Mac 2011

DATIN SERI TIARA JACQUELINA PERCAYA SUAMI BELIAU TIDAK BERCINTA DENGAN MAYA KARIN





Siapalah yang punya angkara . Tak boleh lihat orang senang dan mungkin sifat cemburu tahap melampau sipemebuat cerita. Ni Mengenai kisah MAYA KARIN bercinta dengan Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi,Terbaca artikel yang menyatakan Datin Seri Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan MAYA KARIN.


Memang kami puji Datin Seri Jacquelina menaruh kepercayaan kepada Suami beliau daripada bertindak tanpa usul periksa. Kepercayaan beliau terhadap suami beliau adalah sesuatu yang patut dicontohi semua orang. Kami suka dengan ayat yang dikatakan oleh Datin Seri Jacquelina mengenai suami beliau.

"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya"

Macam mana? Apa pendapat anda? Kepercayaan adalah sesuatu yang berharga dalam Perkahwinan dan ia juga adalah kunci kepada kebahagian. Tanpa kepercayaan pasti akan hancurlah apa yang telah dibina selama ini. Jadi jangan sesekali hilang kepercayaan yang berharga ini dalam mengejar nafsu sendiri.

2 ulasan:

  1. elok gak tak melenting tak tentu pasal ni,tapi dalam pada tu kenalah sekodeng gak suami......tak bolehlah letak 100% kepercayaan kat dia.

    BalasPadam