Baru terbaca kisah hangat ini iaitu penyanyi kumpulan dewa AHMAD DHANI dikatakan telah melakukan kekerasan dan mencederakan seorang wartawan dari Global TV Indonesia. Wartawan tersebut dikatakan sedang membuat liputan sekitar kawasan rumah Mulan Jameela. Namun sekumpulan lelaki datang dan cuba merampas video wartawan tersebut yang diketuai oleh Ahmad Dhani.
Selain dari Pita Video beliau juga turut merampas kunci kereta wartawan tersebut. Ini menyebabkan berlakunya pertikaman lidah. Wartawan tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Kebayoran lama, Jakarta Selatan. Mungkin ada perbincangan antara wartawan tersebut dengan Ahmad Dhani, maka perkara ini diselesaikan secara baik.
Apa pendapat anda? Adakah tindakan Ahmad Dhani ini wajar atau tidak? Bagi kami mungkin tindakan wartawan tersebut sudah melanggar hak peribadi Ahmad Dhani maka sesiapa pun pasti marah dibuat sebegini. Bagilah ruang kebebasan untuk A.hmad Dhani. Mungkin tekanan dari pihak media membuat Ahmad Dhani bertindak sedemikian rupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan