Isnin, 21 Mac 2011

MAJLIS PERNIKAHAN KRIS DAYANTI DAN RAUL LEMOS DI MASJID SAHID NURUL IMAN





Tahniah kepada pasangan pengantin baru dari Indonesia iaitu Artis KRIS DAYANTI dan RAUL LEMOS kerana telah selamat dijabkabulkan yang diwalikan ayah beliau sendiri Trenggono dengan menjadikan kelengkapan Solat sebagai mas kahwin yang diterima dari suami beliau. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat.


Pasangan telah melangsungkan Majlis pernikahan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya kira-kira pukul 9.00 pagi pada 20 hb March 2011 dan segalanya berjalan dengan lancar. Majlis resepsi akan diadakan seminggu selepas pernikahan di Hotel Mulia,Senayan. Kedengaran bekas suami KRIS DAYANTI tidak hadir pada Majlis tersebut disebabkan oleh Selsema yang dihadapi beliau pada hari Majlis dilangsungkan.


Agak kurang selesa juga bila dalam Majlis ini RAUL LEMOS telah memberi kucupan dimulut pada KRISDAYANTI dengan mesra sekali dihadapan para hadirin yang menghadiri Majlis ini. Apa-apa pun Semoga pasangan ini terus berkekalan hendaknya dalam mengharungi alam rumahtangga yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam rintangan.

1 ulasan:

  1. eeee.RAUL LEMOS bgi kuncupan dimulut KRIS DAYANTI.Bukan kah itu sesuatu yg memalukan?tpi semoga pasangan ini kkl abadi

    BalasPadam