Selasa, 8 Mac 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA BAKAL MENGEGAR





Kami begitu teruja untuk menyaksikan filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang bakal dikategorikan sebagai Filem Terunggul dekad ini . Dari kebanyakan review yang telah dibuat mengenai filem ini ada kemungkinan ia bakal mencipta Sejarah dalam Dunia Perfileman Malaysia. Dengan Kos yang menelan belanja sekitar 8 juta sudah pasti ia sebuah filem wajib ditonton.


Kedengaran cerita belum lagi ditayang sepenuhnya tapi telah mendapat modal balik? Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Ini semua adalah kerana kebijaksanaan KRU yang telah berjaya mempromosikan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini dari awal lagi. Pada 15 Mac Filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini akan diedarkan ke 72 buah Negara yang telah membuat tempahan.


Tahniah dari kami kepada KRU STUDIOS atas pencapaian yang cukup membanggakan ini. Jadi sama-sama kita saksikan Filem yang Hebat dekad ini yang akan berada dipawagam pada 10 Mac 2011. Kami akan membuat review setelah menyaksikan Filem ini yang bakal kami saksikan pada 12 Mac 2011. Terima Kasih diucapkan kepada BEAUTIFULNARA  sebagai Sponser utama untuk kami menonton Filem ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan