Sabtu, 5 Mac 2011

RYAN CHONG NAFI KELUARGA INGIN HANCURKAN KERJAYA DAPHNE IKING @ DAHLIA ELEANOR IKING





Kami sedih dengan apa yang diberitakan ini. Kes masih lagi berjalan dan satu persatu perkara yang mengejutkan keluar. Perbicaraan Ryan Chong dalam kes saman peribadi Ryan terhadap bekas Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming cukup mengejutkan sekira ia benar berlaku iaitu ibu bapa Ryan nekad untuk menghancurkan karier pelakon dan pengacara Dahlia Eleanor selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.


Namun segalanya dinafikan oleh Ryan.Disamping itu beliau (Ryan) juga menafikan kenyataan beliau ada memberitahu Daphne bahawa ibu bapanya telah melantik seorang peguam jenayah yang paling mahal dan mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, yang juga bekas Pendakwa Raya bagi memastikan Daphne dan lelaki terbabit dihukum. Memang kejamlah sekira apa yang dikatakan benar belaka. Tapi ia telah dinafikan oleh Ryan.

Walau apa pun keputusannya nanti. Kami tetap menyokong Dahlia @ Daphne Iking. Semoga kemenangan berpihak kepada Dahlia Eleanor @ Daphne Iking. Diharap beliau dan Suami beliau Azmi Abdul Rahman @ Joe tabah dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

KAMI SOKONG DAHLIA ELEANOR @ DAPHNE IKING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan