Selasa, 29 Mac 2011

12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9





12 Pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9  telah diumumkan. Adakah Akademi Fantasia kali ini akan menjadi Program Realiti yang terhebat berbanding sebelumnya? Sama-samalah kita tunggu. Kali ini Program Realiti Akademi Fantasia 9 membariskan seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada enam orang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan.

PICTURE CREDIT GUA.COM

Peserta terdiri daripada pelajar lelaki Afif, Amir, Azri, Erul, Kay ,Raqi dan pelajar perempuan Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera. Tenaga pelajar pula terdiri daripada lima orang guru untuk mengajar iaitu Fatimah Abu Bakar(guru motivasi & bahasa inggeris), Adlin Aman Ramli (guru lakonan dan persembahan), Syafizawati Sharif@Shafi dan Ning Baizura (guru vokal) dan A. Aris A. Kadir (guru tari).

PICTURE CREDIT GUA.COM
Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 9 ini Bakal keudara bermula 2 April dengan pembuka program iaitu Tirai AF pada pukul 9 Malam. Segmen Kenangan AFNIL setiap sabtu pukul 8.30 malam dan diikuti Diari AF yang bakal bersiaran dari hari Isnin sehingga Jumaat yang bermula pada 4 April pada pukul 9 malam.Tunggu kemunculan Akademi Fantasi Musim ke 9 edisi rancangan penutup Akademi fantasia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan