Selasa, 13 September 2011

Shah Jaszle Mengaku bercinta dengan Miera Liyana





Nampaknya Percintaan Shah Jazle dan Miera Liyana dah diketahui umum.Ini telah diakui sendiri oleh Miera Liyana dimana beliau sendiri tidak menduga akan bercinta dengan aktor Shah Jaszle. Begitu juga Shah Jaszle mengakui berita mengenai percintaan mereka. Pelakon yang pernah dilanda kontroversi terdahulu yang telah mengayakan baju yang menjolok mata akhirnya telah bercinta dengan artis yang juga tak lepas dari gosip iaitu Shah Jazle.


Ramai yang dah mengetahui kisah Shah Jaszle dengan Maria Farida dan kemudian Neelofa. Harap-harap kali ni takde lagi kontroversi yang melanda. Apa-apa pun tunggu dan lihat jelah hubungan pasangan mereka berdua ini sama ada dapat bertahan atau terus ke jinjing pelamin. Ada yang tak puas hati dengan hubungan mereka berdua nie ke?

Mini Cooper S Milik Datuk Siti Nurhaliza Membuat mata sesiapa sahaja menjeling





Warna Merah dan Putih dengan Plat KCT 1 menjadi pilihan. Mini Cooper milik Datuk Siti Nurhaliza buat tatapan peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza.Memang padan dengan Datuk Siti Nurhaliza Sebagai artis yang ternama. Jangan ada yang dengki pulak yer bila melihat kereta Datuk Siti Nurhaliza ni. Rezeki Masing-masing.


Agak-agak berapalah nilai Kereta Datuk Siti Nurhaliza nie. Harga kereta satu hal, Harga Nombor pendaftaran kenderaan satu hal.Dari anggaran harga kenderaan dan juga nombor pendaftaran boleh beli sebijik banglo yang besar punya. Apa-apa pun beliau selayaknya menggunakan kenderaan ini kerana ia bersesuaian  dengan status beliau sebagai seorang Diva.

Pembikinan Video Klip Fallin In Love oleh Datuk Siti Nurhaliza





Sesi pengambaran Video Klip untuk Album English Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya dilangsungkan di Sekitar Pavillion Semalam. Sesi Pengambaran yang dipenuhi dengan penari yang terdiri dari penari professional dan juga penari yang terdiri daripada follower FB Datuk Siti Nurhaliza. Aksi Datuk Siti Nurhaliza sempat dirakam ketika membuat persembahan untuk Video Klip ini.

 
 
 
 
 


Keseluruhan pengambaran cukup menghiburkan.Lagu ciptaan Brian B ini cukup menarik sekali setelah didengari berulangkali. Dengan pembikinan Video Klip ini sudah pasti akan melonjakkan populariti lagu Fallin In Love ini.Pelancaran Album secara tidak rasmi dengar cerita bakal dilancarkan pada 25hb September 2011. Jadi kepada peminat Datuk Siti Nurhaliza nantikan kelahiran Album English dari beliau.

Isnin, 11 Julai 2011

MALAM GALA SIMPLYSITI 2011 | DEWAN AGUNG UiTM SHAH ALAM





Majlis Malam Gala SimplySiti 2011 berlangsung di Dewan Agung UiTM Kolabrasi UiTM dengan SimplySiti. Persembahan menarik telah disajikan dari Para Pelajar UiTM, Dato' Siti Nurhaliza dan Penyanyi jemputan. Antara gambar yang sempat dirakamkan pada Malam tersebut.

 DATO' SITI NURHALIZA DIAWAL PERSEMBAHAN

Gimik Pembukaan persembahan cukup menarik dimana Dato' Siti Nurhaliza telah menunggang Motosikal yang dipandu oleh Datuk K. Pengacara Majlis pada malam itu adalah Faizal Ismail @ FBI.

  DATO' SITI NURHALIZA SERBA BIRU

DUET DATO' SITI NURHALIZA DENGAN AIZAT

 PENYANYI JEMPUTAN ANA RAFFALI

 ROCKERS SEJATI AMY SEARCH

PENYANYI JEMPUTAN AIZAT

FARAH FAUZANA DAN ZIZI YANG TURUT HADIR

FAZREEN RAFI (PELAKON SPA Q) DAN ISTERI

Keseluruhan Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Penghargaan dari SIMPLYSITI melalui Malam Gala SIMPLYSITI cukup bermakna buat peminat-peminat Dato' SITI NURHALIZA dan apa yang pasti sokongan terhadap Dato' SITI NURHALIZA dan SIMPLYSITI pastinya akan berterusan.




Sabtu, 9 Julai 2011

MAJLIS PELANCARAN ALBUM TERBARU NING BAIZURA PADA 8 JULAI 2011 BERJUDUL DEWA





Majlis Pelancaran album terbaru NING BAIZURA telah berlangsung di ZOUK Kuala Lumpur pada 8 Julai 2011. Album yang berjudul DEWA memuatkan 8 lagu yang diterbitkan oleh gabungan Syarikat Happenings yang dimiliki oleh NING BAIZURA dengan Satu Entertainment yang dimiliki oleh AUDI MOK. Lagu yang ditampilkan pada Album ini adalah berentak ELEKTRO dan DANCE. Tidak ketinggalan juga lagu yang berntak irama balada.
 KULIT MUKA ALBUM MENJADI LATARBELAKANG PENTAS

NING BERSAMA ALBUM TERBARU BELIAU

PERSEMBAHAN MEMUKAU DARI NING BAIZURA

GIMIK PERSEMBAHAN BERSAMA ABANG RAKSASA

Persembahan pembukaan NING BAIZURA untuk SHOWCASE 2011 bersempena pelancaran Album DEWA dimulakan dengan gimik yang cukup menarik. Para pengiring NING BAIZURA terdiri dari sekumpulan Ahli Bina Badan yang mengiringi persembahan lagu pembukaan beliau dari Album terbaru beliau iaitu RAKSASA .

HADIAH DARI NING BAIZURA UNTUK 10 PEMENANG PEMBACA BUDIEY.COM

Pada malam itu juga NING BAIZURA telah menyampaikan Hadiah kepada 10 Pembaca bertuah dari BUDIEY.COM dan juga seorang pendengar ERA.

GAMBAR NING BAIZURA BERSAMA KELUARGA BELIAU

NING BAIZURA BERSAMA PENGACARA MAJLIS DARI ERA RM

Keseluruhan Majlis berjalan dengan lancarnya. Dari Persembahan NING BAIZURA dengan lagu dari Album  terbaru beliau iaitu DEWA adalah tidak keterlaluan saya katakan semuanya cukup mantap belaka. Lagu-lagu yang terkandung didalam Album DEWA ini sememangnya sedap untuk didengari.

KULIT ALBUM DEWA DARI NING BAIZURA

Jadi kepada peminat-peminat NING BAIZURA, Jangan lupa untuk mendapatkan Album terbaru beliau ini. Belilah Album yang original dan benteraskanlah Album Cetak Rompak. Kepada NING BAIZURA Selamat Maju Jaya dalam perjalanan Seni. Semoga Album ini mendapat Sambutan dari peminat Industri Musik Malaysia.