Sabtu, 19 Februari 2011

JESSICA ALBA MENANTI ANAK KEDUA





Kali ini Berita mengenai Artis Luar Negara pula ingin kami kongsikan bersama. Rasa-rasanya ramai dah kenal dengan artis yang cute ni,iaitu Jessica Alba yang mana sekarang ini sedang menanti kelahiran anak beliau yang kedua bersama dengan suami beliau iaitu Cash Warren.


Makluman mengenai anak yang kedua ini telah beliau umumkan kat dalam FACEBOOK beliau pada hari Rabu lepas. Antara Petikan Ayat yang terdapat dalam FACEBOOK JESSICA ALBA mengenai anak kedua mereka ini :

“Lama benar saya tidak aktif di Facebook dan saya fikir saya sudah tiada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Honor akan menjadi seorang kakak. Cash dan saya sangat senang dan ingin beritahu berita gembira ini secepat mungkin kepada semua agar kamu semua tidak mendengarnya dari pihak lain. "Saya juga menghargai semua perhatian dan ketulusan yang kamu semua berikan semasa kehamilan pertama dahulu,” tulisnya lagi.

Tahniah kepada mereka berdua mengenai berita yang telah dikeluarkan oleh beliau sendiri melalui FACEBOOK beliau setelah sekian lama tidak aktif dalam mengemaskinikan FACEBOOK .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan