Sabtu, 26 Februari 2011

SEMINGGU YANG MALANG BAGI JUSTIN BIEBER





Kerana Rambut Justin Bierber kehilangan 80,000 Follower Twitter. Apa yang didengar setelah beliau mengumumkan didalam akaun Twitter beliau,ramai Follower beliau kurang senang dengan tindakan beliau. Sebagai tanda tidak menyokong apa yang dibuat oleh Justin Bieber mereka sepakat untuk "Unfollow" penyanyi muda ini.

GAMBAR SETELAH RAMBUT DIPOTONG

Sebelum itu Justin Bierber telah cuba memikat penyanyi RIHANNA dengan mengajak beliau pergi ke perlawanan NBA ALL-STAR. Apa yang diketahui Justin Bierber memang meminati RIHANNA dan ini bukan perkara rahsia. Namun RIHANNA pula beranggapan lain terhadap Justin Bieber dan mengganggap beliau terlalu muda.


Seminggu yang buruk untuk Justin Bieber. Ramai yang mengetahui yang Justin telah menerima satu anugerah pada NME Awards.  Namun anugerah yang beliau terima adalah anugerah ALBUM TERBURUK TAHUN INI. Adakah nasib malang akan terus menimpa Justin Bierber selepas ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan