Jumaat, 18 Februari 2011

SIAPA NAK JALAN-JALAN DENGAN LISA SURIHANI?





Lisa Surihani ajak jalan sambil beramal. Anda berminat? Bukan gosip bukan rekaan tetapi semuanya benar belaka. Jom jalan-jalan dengan Lisa Surihani. Nantikan beliau di Dataran Merdeka nanti kalau anda ingin berjalan bersama-sama dengan beliau pada 13 Mac 2011 ini. Anda berminat dan mahu tahu lebih lanjut?


Ok sebenarnya Lisa Surihani telah dilantik sebagai Duta dan jurucakap bagi walkathon amal, Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green.Aktiviti ini bertujuan bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Semua dana tersebut akan didermakan sepenuhnya kepada Shelter Home Petaling Jaya, Selangor dan Rumah Kasih Sayang Rawang, Selangor.

Selain dari Lisa Surihani beberapa artis lain juga turut serta dalam program ini antara yang dijangka akan turut serta adalah Sazzy Falak, Faizal Ismail (FBI, DJ HOTFM) dan ramai lagi.Sesipa yang berminat untuk menyertai dan menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan dengan melayari laman web www.walkforchildrenkl.com.

1 ulasan: