Selasa, 22 Februari 2011

TAHNIAH BUAT PASANGAN ZIZAN RAJA LAWAK DAN DIRA ABU ZAHAR





Tahniah kami ucapkan kepada ZIZAN RJL dan DIRA ABU ZAHAR kerana telah disahkan menjadi Pengacara Rancangan Melodi yang baru berkuatkuasa April ini. Bukan pasangan kekasih yang nak kahwin yer. TV3 telah mengesahkan pasangan ini akan mengganti FARA FAUZANA dan WAHID SENARIO untuk mengacara rancangan Melodi.



Rancangan yang mempunyai peminat yang telah bersiaran sejak dari tahun 1992 ini telah diacarakan oleh ramai pengacara yang cukup disegani seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan juga Fara dan Wahid sebagai pengacara terkini.

Disini kami ingin mengucapkan Tahniah kepada ZIZAN dan DIRA atas maklumat terbaru ini dan tahniah kepada FARA dan WAHID kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik sekali selama enam tahun bersama Melodi. Diharap Melodi terus unggul dalam kategori tersendiri dan terus bersiaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan