Isnin, 21 Februari 2011

REMY ISHAK TERLIBAT DALAM PERGADUHAN CEDERA DITENDANG





Artis ini pernah mengalami kecederaan ekoran dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada tahun 2009. Kali ini beliau sekali lagi telah terlibat dengan pergaduhan dan menyebabkan beliau ditendang sehingga lebam dan cedera di bahagian tulang rusuk kanan setelah beliau ditendang disebuah rumah di Kuala Lumpur.Ini menyebabkan beliau terpaksa berehat dalam aktiviti lakonan buat sementara waktu.


Sebenarnya kecederaan tersebut berlaku gara-gara lakonan beliau dalam aksi babak pergaduhan dalam filem baru beliau yang berjudul  ' BARAJIWA'. Ketika melakonkan aksi pergaduhan tersebut beliau telah ditendang sehingga menyebabkan tulang rusuk beliau lebam dan tidak boleh bangun dan telah dikejarkan ke Klinik untuk ujian X-ray.

Sememangnya kami memuji pelakon seperti Remy Ishak yang sanggup berlakon dengan bersungguh-sungguh dalam menjayakan sesebuah filem atau drama. Semoga beliau terus berusaha untuk menjadi seorang pelakon yang tersohor satu hari nanti. Saat entri ini ditulis beliau telah beransur pulih dari kecederaan yang dialami dua minggu lalu.

** Kejayaan seseorang pelakon adalah kerana kesanggupan mereka untuk menempuh segala dugaan dan bersungguh-sungguh dalam lakonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan