Rabu, 23 Mac 2011

HARAP YUNA TERIMA TERBUKA TEGURAN BEAUTIFULNARA





Kedengaran cerita YUNA merajuk dek kerana teguran dari blogger BEAUTIFULNARA. Honestly ini semata-mata pendapat kami. Harap janganlah disalahertikan. Kami berasa apa yang dikatakan oleh BEAUTIFULNARA mengenai YUNA adalah atas dasar ingat mengingati tiada niat untuk menghina mahupun menjatuhkan air muka YUNA.
 


Apa yang dikatakan oleh BEAUTIFULNARA ada kebenarannya. Kepada YUNA ambillah ini sebagai pengajaran, ' Think Positive '. Kami juga suka dengan Identiti YUNA yang dulu dan mahu YUNA kekal sebegitu. Kerana minat terhadap YUNA,apa yang diluahkan demi kebaikan buat YUNA agar jangan hanyut tanpa ada yang menegur.

Kepada YUNA diharap beliau janganlah ambil hati dengan teguran dari BEAUTIFULNARA kerana pada pandangan kami ia lebih kepada unsur nasihat dan bukan berniat untuk memalu beliau. Jadikanlah ia pengalaman yang berharga kerana apa yang pasti ramai peminat yang menyayangi beliau.

1 ulasan: